Tuesday, 23 November 2010

Plaza Low Yatt & Menara KL






terlupa pula aku nak ceritakan pengalaman ni yang berlaku pada 16 november 2010, hah masa 2 baru habis exam. Tetiba aku dpt sms drp Arniza yg nk ajak aku keluar pergi kt low yatt. Aku pun apa lagi ikut je la dia. Sampai kt KTM Sg Buloh, terjumpa geng2 Sabahan..Siew Fun, Veronica, & Lirnawati yang hendak menghantar Syamimi ke KL Sentral utk balik Sarawak. Kt low yatt aku beli skrin protector laptop dan beg laptop yg kecil, semuanya RM20, waktu kami nak keluar dari low yatt terjumpa balik dgn Siew Fun and the gang..hehe. Kami menuju ke Sg Wang dan masuk kt sana sekejap. Lepas 2 kita org pergi kat Menara KL dgn menggunakan monorel utk ke Raja Chulan. Agak jauh jgk aku berjalan dgn Arniza. Sampai kt sana kena jalan kaki lagi untuk naik ke bukit, memang memenatkan sampai berpeluh kami. Di dalamnya ada taman tapi kena bayar RM16 kalau nak masuk dan bayaran untuk masuk ke dalam menara utk melihat pemandangak adalah sebanyak RM38..campur semua dah RM54. Waktu kami nak balik hujan pula turun dan basah la jugak kami ckit. Akhirnya kami pun pulang ke asrama dengan selamatnya.

Monday, 22 November 2010

Pasar malam di Kepong

Sudah lama aku tidak pergi ke sana, bila time free cm ni bru teringat kt pasar malam kepong tetapi awas hanya untuk orang cina n non-muslim. kalau nk pergi sana kena la jalan kaki dlm 10 minit dari stesen KTM Kepong barulah smpai. Kaki aku masih terasa sakitnya setelah berjalan kt KL sehari sebelum 2. Sebelum aku pergi terkejut aku bila melihat Baom yang naik kereta Fadhil masuk ke dlm hostel, aku sempat bersalam dgn Baom yang sudah lama tidak ku jumpa setahun. Biasalah bila kt pasar mlm byk makanan dan kalau blh nk sumbat semuanya kt dlm perut. Makanan yg aku beli spt apam jagung, fishball, air mata kucing, nasi lemak, roti hotdog, jagung manis dll lagi. Kenyang sungguh bila makan tapi dompet aku pula kelaparan sebab duit makin kurang. Sayu hatiku melihat seorang ibu yang mendukung anaknya yang aku fikir umurnya x sampai setahun pun mengemis kat tgh jalan menagih simpati orang ramai, dan yang menarik perhatianku seorang OKU menyanyi sambil menolak kotak muzik yang dibawanya. Aku ingat nak pergi kat Jusco Kepong pula tapi bila tgk kt langit dh gelap dan duit pula x ada x jadi pula nk pergi. Aku sedang berfikir lepas ni nk jalan2 kt mana pula kt KL ni sebab byk tempat2 menarik yang aku belum pernah pergi lagi.Bila aku naik teksi pula pemandunya buat lawak la hai pasal nama tempat asal ku pasir mas..huh macam2 hal

Saturday, 20 November 2010

All my friends is around me



I miss you when something really good happens because you are the one i want to share it,

I miss you when something troubles me because you are the one who understands me well,

I miss you when i laugh and when i cry because you are the one who makes the laughter grow & tear dissappear,

Thank you to all my friends and my teachers from SKOT (1), SMK Tendong, SMK Mahmud Mahyiddin, Za'ba, & KSKB Sg Buloh

Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Wisma Sejarah, IJN, Perpustakaan Negara, & KLCC






Perjalananku bermula pada jam 11 pagi, 19 November di ktm sg buloh, kemudian sampai di kl sentral untuk menaiki monorail ke Titiwangsa dan sampai kira-kira pada jam 12.15. Memang penat untuk berjalan ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tetapi sebelum itu aku melawat ke Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Institut Jantung Negara, Wisma Sejarah dan baharulah sampai ke PNM. Pada mulanya aku masuk terasa agak bosan sebab di kelilingi oleh banyak buku tetapi yang paling menggembirakan ialah aku menemui buku mengenai panduan untuk menyediakan proposal dan praktis farmasi di hospital. Tidak sia-sia aku berjalan jauh kira-kira 2 km dari stesen monorail Titiwangsa.

Selepas selesai melawat PNM, aku berjalan untuk ke KLCC tetapi malangnya hujan turun lebat tetapi hanya beberapa minit sahaja. Aku terus berjalan lagi tetapi macam tidak dapat pergi ke KLCC kerana ada lebuh raya yang tinggi dan tiada kawasan untuk melintas. Nasib ku baik kerana semasa aku berjalan terjumpa Stesen LRT Kg Baru, dan aku terus menaiki LRT untuk ke KLCC. Di KLCC aku membeli seluar pendek untuk menggantikan seluar jeans aku yang terkoyak. Aku sempat mengambil gambar di luar KLCC dan kawasan tamannya. Sebelum pulang, aku membeli makanan iaitu KFC untuk makan malam di hostel, terpaksalah aku beratur panjang untuk membelinya.

Pada hari itu juga aku dapat menyaksikan sendiri kejadian seluk saku di dalam tren ketika tren berhenti di stesen Putra, suasana ketika itu amat kecoh. Nasib baik dompet aku tidak dicuri. Aku sampai di hostel pada jam 7.45 malam. Hari yang amat memenatkan tetapi menyeronokkan walaupun aku berjalan seorang diri. Mungkin seterusnya aku akan ke Pasar Seni untuk membeli beberapa helai baju @ seluar sebelum pulang ke Kelantan.

Thursday, 28 October 2010

inside..

I don't know why i must face this situation. It's really frustrated, maybe feel the uneasy feeling, dissatisfaction. Sometimes I feel lonely but i don't know how to express this matter to other person. The person that I admired maybe can help me, but i know that she have another responsibility to another person.

Friday, 27 August 2010

my birthday






thank you to all my friends especially who wish happy birthday to me. This year is very meaningful because my classmate, mui yen and xiao fen become a first person to wish and celebrate my birthday. Thank you and i love so much for both of you.

Friday, 6 August 2010

nasib malang batch 56





belum sampai sebulan kami belajar di semester 3, berbagai-bagai masalah yang timbul. Antaranya, penangguhan kem motivasi yang sepatutnya diadakan pada 6-8 Ogos. AJK Kem Motivasi terpaksa menanggung malu & kerugian akibat perkara ini. Paling menggemparkan, kehilangan kutipan wang buku Pharmaceutical Practice & buku Pharmacology sebanyak RM8000, Setakat ini belum ada sesiapa pun yang mengaku mengambil duit tersebut. Akibatnya, perkara ini sudah tersebar di dalam kolej dan kemungkinan akan melibatkan siasatan pihak polis. Semoga kami dapat mengatasi masalah ini dengan hati yang cekal..