kad matrik saya selaku Pengerusi PSS SMK Tendong sesi 2006-2007 |
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya
hormati sekalian, blog ini menceritakan kisah hidup saya kira-kira 10 tahun
dahulu sehingga sekarang. Tidak ramai yang mengetahui kisah ini kerana saya merahsiakannya
daripada pengetahuan rakan-rakan saya sehinggalah saya menceritakannya secara
panjang lebar kepada rakan saya iaitu Wan Sukree B. Wan Ismail (PPF Pelatih Kumpulan
58). Ini membuatkan saya tergerak hati untuk menceritakannya kembali dalam blog
ini. Saya berpegang kepada satu mutiara kata iaitu “bahagian terbaik untuk seseorang itu ialah
perbuatannya yang baik tidak diketahui oleh orang lain”. Saya berasa
gembira setelah agak lama menyimpan rahsia ini dan baharu mendedahkannya pada
awal tahun ini. Saya ada membeli sebuah buku yang bertajuk “Siapakah Anda Untuk 10 Tahun Akan Datang”, ternyata kandungan buku
itu seakan-akan sama dengan kisah hidup saya ini mengenai soal disiplin,
ketabahan dan budaya kerja positif. Saya
berharap anda berasa seronok setelah membacanya.
KEISTIMEWAAN PSS SMK TENDONG
PSS SMK Tendong mempunyai pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat. Maklumat-maklumat ini disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya berjumlah 35 buah. Selain bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. PSS menyediakan ‘access point’ untuk membolehkan capaian maklumat melalui internet dibuat menggunakan komputer di unit perpustakaan.
Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS SMK Tendong sebagai sebuah PSS cemerlang dan seterusnya sebagai “bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat kenamaan termasuklah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan sebagai pengiring iaitu
1. Dato’ Dr Abdul Shukor Abdullah pada 17 November 1998,
2. Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002,
3. Ketua Jemaah Nazir Malaysia iaitu Hj Ahmad Zabidi B. Shamsuddin pada 8 September 2004.
4. Dato’ Hj Ahamad Sipon pada 4 Disember 2005
Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber :
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS
2. Membantu melakukan kerja-kerja memproses bahan seperti melabel, cop
hak milik dan sebagainya.
3. Membantu dalam kerja semakan terimaan bahan dari pembekal.
4. Menjadi serantan dalam perhubungan dalaman dengan pengguna PSS.
5. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengedaran bahan bukan buku
( pinjaman dan pemulangan).
6. Membantu dalam penyusunan bahan sumber di rak-rak dan sebagainya
7. Menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat
asal.
8. Menjaga kebersihan PSS, menyusun dan mengemas.
9. Membantu dalam penyemakan buku, majalah dan akhbar yang diterima
daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok.
10. Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar ( termasuk perkakasan
dan perisian)
11. Menjadi petugas seranta dan watak personal dengan para pengguna PSS
12. Menguruskan perkhidmatan rujukan
13. Melakukan kerja-kerja baik pulih bahan-bahan yang rosak
14. Melakukan kerja-kerja perkeranian jika perlu
15. Menjalankan tugas-tugas pelbagai di PSS mengikut keperluan arahan
semasa oleh Pengetua/guru PSS.
Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber :
1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS
2. Membantu melakukan kerja-kerja memproses bahan seperti melabel, cop
hak milik dan sebagainya.
3. Membantu dalam kerja semakan terimaan bahan dari pembekal.
4. Menjadi serantan dalam perhubungan dalaman dengan pengguna PSS.
5. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengedaran bahan bukan buku
( pinjaman dan pemulangan).
6. Membantu dalam penyusunan bahan sumber di rak-rak dan sebagainya
7. Menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat
asal.
8. Menjaga kebersihan PSS, menyusun dan mengemas.
9. Membantu dalam penyemakan buku, majalah dan akhbar yang diterima
daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok.
10. Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar ( termasuk perkakasan
dan perisian)
11. Menjadi petugas seranta dan watak personal dengan para pengguna PSS
12. Menguruskan perkhidmatan rujukan
13. Melakukan kerja-kerja baik pulih bahan-bahan yang rosak
14. Melakukan kerja-kerja perkeranian jika perlu
15. Menjalankan tugas-tugas pelbagai di PSS mengikut keperluan arahan
semasa oleh Pengetua/guru PSS.
Kejayaan yang diraih :
1. Johan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, Negeri Kelantan (2002)
2. Johan Anugerah Sekolah sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri Kelantan (2002)
3. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003)
4. Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004)
5. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2005)
6. Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2006)
(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA')
Tempoh Perkhidmatan :
Ahli Biasa : Februari 2002 - Disember 2004,
Pengerusi Unit Perpustakaan : Januari 2005 - November 2005,
Pengerusi Pusat Sumber Sekolah *: Januari 2007 - November 2007,
Ahli Biasa di Perpustakaan Negara Malaysia : November 2010 – kini
*Unit Perpustakaan + 35 Koridor PSS
Senarai Koridor-koridor PSS SMK Tendong di bawah tanggungjawab saya :
1. Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
2. Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Bilik Self Access Learning (SAL)
4. Klinik Matematik
5. Balai Seni
6. Galeri Warisan
7. Galeri PSS
8. Bilik Auditorium Wawasan PIBG
9. Bilik Pengawas
10. Stesen Kaji Cuaca
11. Bilik Kaunseling
12. Makmal Sains
13. Bilik PIBG
14. Bilik Kesihatan
15. Kafeteria Sri Tendong
16. Bilik Gerakan
17. Mini PSS dalam bilik darjah
18. Studio Radio Sri Tendong
19. Pondok Ilmu
20. Bilik Guru
21. Bilik Buku Teks
22. Bilik Iqra’
23. Unit Penilaian & Peperiksaan
24. Laluan Ilmu 1 & 2
25. Dataran Nilam
26. Taman-Taman
27. Taman Herba
28. Taman Sains
29. Taman Terbiar
30. Taman Sains Geografi
31. Taman Warisan
32. Taman Arif
33. Taman Sayur-Sayuran
34. Musalla Al-Falah
35. Koperasi
Anugerah & Penghargaan daripada Pengetua Kanan SMK Tendong :
1. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2001
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C
2. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2002
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C
3. Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Sejarah Tahun 2002.
4. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT GANGSA : Apr 2003
*73 buah buku
5. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT PERAK : Nov 2005
*205 buah buku
6. Sijil Penghargaan PENGAWAS PSS sesi 2002 / 2003 : Nov 2005
7. Sijil Penghargaan PENGERUSI UNIT PERPUSTAKAAN sesi 2004 / 2005 : Nov 2005
8. Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pengawas PSS : Feb 2007
9. Sijil Penghargaan PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH sesi 2006 / 2007 : Nov 2007
10. Anugerah Pengawas PSS Cemerlang : Nov 2007
Syarat penganugerahan Sijil Penghargaan daripada PSS SMK Tendong
*sijil penghargaan untuk Pengawas PSS hanya diberi kepada individu yang akan menamatkan zaman persekolahan atau bertukar sekolah sahaja.
Kronologi perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS
dari tahun 2002 sehingga tahun 2007
1. Dilantik sebagai ahli biasa bermula Februari 2002 melalui sesi temuduga yang
dijalankan oleh exco PSS Tingkatan Enam Atas, saya menjadi ahli biasa sehingga
Disember 2004. Sepanjang tempoh itu, saya bersama guru-guru PSS dan rakan
seperjuangan bekerja keras dalam merealisasikan impian bekas Pengetua Kanan SMK
Tendong Gred DG 54 iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob A.M.N. yang
mahu melihat PSS SMK Tendong berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan
kebangsaan.
2. Atas kepercayaan yang diberikan oleh Pn Siti Zainab Bt. Mohamad (Pengerusi
Unit Perpustakaan kini Penyelaras PSS SMK Tendong) kepada saya melalui
pengalaman dan hasil kerja saya selama 2 tahun. Beliau telah menawarkan jawatan
exco PSS sebagai Pengerusi Unit Perpustakaan pada penghujung tahun 2004 dan
disokong oleh bekas Penyelaras PSS SMK Tendong, Tn. Hj Abd Rahman B. Mahmood .
Ketika itu saya berusia 17 tahun dan saya telah mencipta sejarah kerana buat
pertama kali Pengawas PSS Tingkatan 5 menganggotai exco tertinggi dan saya
adalah satu-satunya wakil Pengawas PSS Tingkatan 5 dipilih untuk ke jawatan itu
kerana sebelum ini jawatan exco hanya diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam
Atas sahaja. Dalam carta organisasi, saya berada di bawah Pengerusi Pusat
Sumber Sekolah bersama AJK nya tetapi saya diberi kepercayaan untuk
mengetuai barisan exco Unit Perpustakaan Tingkatan Enam Atas.
Walaupun mereka tua 2 tahun daripada saya tetapi mereka tetap menghormati saya
berdasarkan pengalaman saya selama 2 tahun menjadi Pengawas PSS, mereka juga
kerap meminta bantuan saya mengenai soal pembahagian tugas dan urusan harian
Unit Perpustakaan. Ketika itu PSS SMK Tendong muncul juara peringkat negeri
sebanyak dua kali dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan.
FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Unit
Perpustakaan SMK Tendong bagi sesi 2004-2005 :
a. Pengawas PSS
Tingkatan 5 yang pertama kali dilantik untuk menganggotai barisan exco
tertinggi PSS kerana sebelum ini exco PSS dipilih dalam kalangan pelajar
Tingkatan Enam Atas sahaja.
b. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan
Exco PSS Sesi 2004-2005.
c. Mempunyai pengalaman sebagai ahli biasa selama 2 tahun
bersama kejayaan memenangi Johan
Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003) dan Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang
Peringkat Kebangsaan (2004).
c. Jawatan Pengerusi Unit Perpustakaan diperkenalkan oleh Pn Siti Zainab
(Pengerusi Unit Perpustakaan) buat kali pertama pada tahun bagi Exco PSS bagi
sesi 2004 / 2005. Saya merupakan orang yang
pertama dilantik ke jawatan itu. Namun begitu, jawatan ini dimansuhkan untuk
tahun-tahun seterusnya dan bermakna saya juga adalah orang yang terakhir memegang
jawatan itu.
d. Ahli-ahli saya ialah PENGAWAS PSS TINGKATAN ENAM ATAS &
saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka dan ahli-ahli di bawah mereka
terdiri dari Pengawas PSS Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
3. Saya kembali belajar di SMK Tendong pada Julai 2006 untuk Tingkatan Enam
Rendah dan sekali lagi mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi
Pusat Sumber Sekolah pada penghujung tahun 2006. Pelantikan ini dibuat bagi
menggantikan Pengerusi PSS sesi 2006-2007 iaitu saudara Faiz B. Che Ismail yang
menamatkan tempoh perkhidmatannya pada bulan November 2006. Jawatan ini
merupakan jawatan kedua tertinggi selepas jawatan Ketua Pengawas Sekolah.
Jawatan ini berbeza dengan jawatan yang saya pegang dulu kerana saya
bertanggungjawab terhadap Unit Perpustakaan serta 35 koridor PSS SMK Tendong.
Apa yg membanggakan saya ialah ketika saya dilantik ke jawatan itu, PSS SMK
Tendong baharu sahaja muncul Juara Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang
Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Fakta yang menarik kerana Pengerusi
PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 tidak mempunyai pengalaman yang luas
mengenai selok-belok pentadbiran PSS SMK Tendong dan saya merupakan pelajar
berbangsa Cina pertama menjawat jawatan ini, kerana pelajar Cina terakhir hanya
menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan memegang jawatan sebagai exco biro
disiplin. Saya dipilih berdasarkan pengalaman saya berkhidmat kepada PSS selama
4 tahun dan telah menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan selama setahun sewaktu
belajar di Tingkatan Lima. Saya akui memang wujud tekanan kepada saya kerana saya perlu menjaga
nama dan membawa imej yang baik khususnya kepada ahli-ahli saya dan semua
pelajar kerana status PSS SMK Tendong sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Namun,
hasil sokongan daripada semua pihak membolehkan saya menjalankan tugas &
tanggungjawab ini dengan sempurna sehingga saya menamatkan zaman persekolahan
dan perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS.
FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Pusat Sumber
Sekolah bagi Sesi 2006-2007 :
a. Pengerusi PSS yang pertama mempunyai pengalaman mengenai
selok-belok pentadbiran dan perjalanan urusan di PSS (selama 4 tahun) bersama kejayaan Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan sebanyak
dua kali (tahun 2003 & 2005) dan mendapat Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (tahun
2004).
b.Pengerusi PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 TIDAK PERNAH menjadi
Pengawas PSS SMK Tendong sebelum mereka dipilih ke jawatan itu. Oleh yang
demikian, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada bakat kepimpinan walaupun
mereka tiada pengalaman sebagai Pengawas PSS.
c. Pengawas PSS yang pertama telah dilantik menjadi
Pengerusi sebanyak DUA KALI sepanjang kariernya.
d. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan exco tertinggi PSS
sesi 2006-2007.
e. Pengawas PSS berbangsa Cina yang pertama juga memegang jawatan tertinggi sebagai Pengerusi kerana Pengawas
PSS berbangsa Cina yang terakhir hanya menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan
memegang jawatan sebagai exco biro disiplin iaitu pada tahun 2002.
Bidang Tugas Pengerusi Pusat Sumber Sekolah:
1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS bagi exco tertinggi,
unit perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.
2. Menyediakan jadual bertugas khususnya kepada ahli di unit perpustakaan.
3. Memantau kehadiran ahli-ahli di semua koridor dengan
bantuan exco @ ketua koridor y/m dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahli-ahli
di Unit Perpustakaan
4. Mengadakan sesi temuduga bagi pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 &
mencadangkan ahli-ahli baharu kepada Penyelaras PSS / Pengerusi Unit
Perpustakaan (Guru)
5. Memegang kunci unit perpustakaan dengan memulakan perkhidmatan seawal jam
7.15 pagi dan menamatkan perkhidmatan pada jam 3.00 ptg.
6. Menyediakan laporan mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti masalah
disiplin, kebajikan ahli-ahli, perjalanan jadual bertugas dan lain-lain kepada
guru-guru PSS.
7. Memastikan buku-buku, bahan cetak, majalah, surat
khabar, alat multimedia di unit perpustakaan sentiasa dalam keadaan kemas, baik
& teratur dan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan ceria.
8. Menerangkan kepada pelawat-pelawat sama ada pelawat dalam negeri, luar
negeri, atau kenamaan mengenai urusan harian di PSS.
Hasil
didikan yang tegas daripada...
1. Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob A.M.N.
a.Bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54
b. Bintang Ahli Mangku Negara oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong 1999.
c. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 1999.
d. Anugerah Perlantikan Pengetua Cemerlang DG54 oleh Menteri Pelajaran Malaysia 2002.
e. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua Cemerlang Gred JUSA C oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2004
7. Anugerah Perlantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pelajaran Malaysia 2007
2. Tn. Hj. Che Ismail B. Hj. Che Hussin
a. Guru Cemerlang Sejarah STPM Gred DG 48
b. Bekas Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Peringkat Kebangsaan.
c. Panel Penggubal Subjek Sejarah STPM Peringkat Negeri Kelantan.
3. En. Look Thien Jee
a. Guru Kanan Teknik & Vokasional Gred DG 44
b. Bekas Panel Penggubal Subjek Pengetahuan Moral SPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2005
4. Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad
a. Guru Subjek Bahasa Inggeris & Malaysian University English Test (MUET) Gred DG 44
b. Penyelaras PSS SMK Tendong
....telah banyak mematangkan saya sepanjang saya belajar
& bekerja selama hampir 5 tahun bersama mereka. Contohnya, ketika saya
menjadi Pengerusi, saya diamanahkan untuk memegang kunci PSS dan perlu membuka
pintu Perpustakaan seawal jam 7 pagi bagi memastikan ahli-ahli PSS yg lain dapat
bertugas dengan baik pada jam 7.15 pagi dan saya adalah orang yang terakhir yang
dapat pulang & mengunci pintu PSS pada jam 3 petang. Beliau amat menitik
beratkan soal disiplin kerja dengan falsafahnya "UTAMAKAN KERJA DAHULU". Hasil didikan beliau dan guru2 yang
saya sebutkan di atas kepada saya menyebabkan sehingga sekarang saya masih membawa
budaya ini ketika berpraktikal di Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Saya
menjadi seorang yang berdisiplin dalam soal menepati masa dan bekerja hasil
ketegasan daripada mereka.Terima Kasih Puan, Cikgu & Thank You Teacher
!!!
Sebenarnya, saya adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Ramai orang berkata,
anak lelaki bongsu adalah manja dengan ibu-bapa. Situasi ini berlainan dengan
saya kerana hasil daripada ketegasan merekalah telah banyak mematangkan hidup
saya. Setiap kali apabila saya memberikan jawapan iaitu saya ialah anak bongsu,
ramai yang sukar untuk mempercayainya.
Semester 4
Di HRPZ pula, saya membawa budaya kerja yang penuh dengan
disiplin sejak zaman persekolahan iaitu datang bekerja seawal 7.15 pagi dan
bekerja dengan bersungguh-sungguh. Rekod
kehadiran saya seawal jam 7.13 pagi dan paling lewat ialah pada jam 7.29 pagi,
rekod ini dapat saya kekalkan bermula dari Julai 2011 sehingga sekarang dan
menyamai rekod kehadiran saya terdahulu sewaktu saya menjadi Pengerusi
Perpustakaan (2005) dan Pengerusi PSS (2007). Contohnya, ketika saya
ditempatkan di unit sub-stor selama 2 minggu dari 23 Oktober 2011 sehingga 3
November 2011. Pada masa itu Penolong Pegawai Farmasi U38 iaitu Hj Khairuddin
telah mengarahkan saya menyusun kembali ubat-ubatan di dalam sub-stor. Susunan
terdahulu ialah mengikut pengkelasan farmakologi dan susunan yang beliau
inginkan ialah mengikut urutan abjad dari huruf A sehingga huruf Z. Malang buat
saya kerana hanya saya seorang sahaja pelatih yang ditempatkan di situ dan saya
hanya dibantu oleh PPF U32 iaitu En Nik Hazlan bagi menyusun kembali
ubat-ubatan di sub-stor. saya juga perlu menyusun kembali ubat-ubat mata,
telinga, dan inhalasi berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad, kerana susunan
terdahulu adalah secara rawak dan tidak teratur. Tugas saya tidak berhenti di
situ sahaja kerana pada minggu berikutnya Hj Khairuddin memberi tugasan kepada
saya untuk menyediakan Bin Kad baharu bg ubat-ubatan “List A” dan melengkapkan
senarai nombor bin kad bagi kategori ubat-ubatan di HRPZ II. Saya juga turut
dibebani dgn stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu
menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan. SEMUA
TUGASAN ini berjaya disempurnakan oleh saya sendiri dalam masa 2
MINGGU dengan bantuan En Nik Hazlan dan TANPA BANTUAN WALAU
SEORANG PUN DARI RAKAN-RAKAN PELATIH SENDIRI. Sehingga kini,
susunan ubat yang saya susun dahulu masih kekal sehingga sekarang ! Apa yang
menggembirakan saya ialah sehingga sekarang apabila saya berselisih dengan Hj
Khairuddin..beliau akan menegur saya terlebih dahulu. Ini merupakan satu
penghormatan buat diri saya sebagai seorang pelatih yg mewakili KSKB Sg Buloh !
Ringkasan
tugasan saya di sub-stor selama 2 minggu bersama En Nik Hazlan
1. Menyusun kembali ubat-ubat daripada mengikut pengkelasan farmakologi kepada
susunan abjad dari A sehingga Z tanpa mengira pengkelasan farmakologi ubat
tersebut.
2. Menyenaraikan dan menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi yang
kesemuanya berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad. Susunan asal ialah secara
rawak & kelihatan tidak teratur.
3. Menyediakan Bin Kad baharu bagi ubat-ubatan “List A”.
4. Melengkapkan senarai nombor bin kad bagi ubat-ubat yg nombor bin kadnya
tiada.
5. Dibebani dengan stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu
menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan.
Semester 5
Budaya kerja yang penuh
dengan disiplin ini saya teruskan di unit Farmasi Pesakit Dalam (IPD) mendapat
perhatian daripada dua orang PRP iaitu Chua Sue Hoon & Ong Huey Chin.
Hubungan kami bertiga begitu rapat sehingga menggelarkan diri masing-masing
sebagai “cek mek” (sejenis kuih di Kelantan) dan Teh O Beng (teh ais). Ada satu
hari, saya tiada di IPD kerana saya perlu menolong menyiapkan kerja di Unit Pra
Bungkus. Mereka berdua begitu mengambil berat akan diri saya sehinggakan mereka
tercari-cari saya pada ketika itu. Penolong Pegawai Farmasi U38 iaitu Hjh
Zalilah turut menyatakan kepada saya yang saya adalah SEORANG ANAK YANG BAIK
kerana ketika itu saya seorang sahaja bekerja sedangkan rakan-rakan saya yang
lain sudah keluar rehat pada seawal jam 10 pagi. Di Farmasi Satelit, saya memulakan
tugas sebelum jam 8 pagi untuk mengemas dan top up ubat sehinggakan seorang PPF
U29 iaitu kak Hasmarisa hairan dan memuji saya. Saya meneruskan tugas sehingga
jam 12.20 tengah hari tanpa keluar rehat pada jam 10 pagi. Sepanjang 20 hari
bekerja di Farmasi Satelit, saya hanya keluar rehat SEKALI SAHAJA ! Keadaan
Farmasi Satelit yang sempit menyukarkan proses kerja. Memburukkan lagi keadaan
kerana saya terpaksa bekerja tanpa jadual bertugas. Oleh itu, saya terpaksa
melakukan semua kerja setiap hari (20 hari bekerja) seperti:
a. Pengisian losyen.
b. Pengisian Unit Of Use (lebih daripada 600 keping slip
berjaya diisi oleh saya).
c. Pengisian Unit Dose.
d. Menokok tambah stok ubat.
e. Menyimpan kembali ubat discaj..
f. Pengisian dan pendispensan di kaunter discaj.
Hasil yang saya perolehi
sepanjang berpraktikal setahun di HRPZ dan Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu
sangat membanggakan :
- Saya tidak pernah menyuruh orang lain punch kad untuk saya walau
sekali pun sekalipun terpaksa berjalan jauh dari klinik PSY dan Farmasi
Satelit.
- Rekod kehadiran bekerja yang cemerlang iaitu sampai di hospital dan
klinik seawal jam 7.00 – 7.15 pagi. Punch kad sendiri paling awal jam 7.13
pagi dan paling lewat jam 7.29 pagi
- Mengutamakan kerja terlebih dahulu dengan tidak keluar rehat pada jam
10 pagi dan baharu keluar rehat sebelum jam 12.30 tengah hari. Jika keluar
rehat jam 10 pagi pun kerana terlibat dengan “lunch break duty” atau
terpaksa menemani kawan keluar rehat pada waktu itu.
- Mendapat pujian dari seorang PPF perempuan U29 di Farmasi Pesakit
Luar. Ketika itu saya ingin bercuti dan beliau menggalakkan saya bercuti
kerana berpendapat hanya saya banyak membuat kerja lebih di situ.
(September 2011)
- Berpeluang menyediakan persediaan sitotoksik drug walaupun sebelum ini
pelatih tidak dibenarkan untuk melakukannya dan Pegawai Farmasi y/m
sendiri menyuruh dan mengawasi saya ketika itu. Sebanyak 26 persediaan
telah saya sediakan selama 3 jam bersama-sama dengan seorang PPF U29 iaitu
En. Hassan B. Awang Ali. (21 Ogos 2012)
- Menyusun kembali ubat-ubatan di sub-stor dan menyediakan bin kad
baharu atas arahan pemangku Local Preseptor iaitu PPF U38 Hj Khairuddin B.
Yang Shariff. Tugasan ini berjaya saya laksanakan selama 2 minggu
bersama-sama PPF U32 iaitu En. Nik Hazlan dan tanpa bantuan walau seorang
pun daripada rakan-rakan pelatih.
- Saya bertegas menggantikan cuti yang saya ambil sempena Tahun Baharu
Cina di Farmasi Pesakit Dalam walaupun Hjh Zalilah tidak memaksa saya
untuk menggantikannya.
- Menerima pujian dari seorang PPF perempuan U29 iaitu kak Hasmarisa
kerana saya adalah orang yang paling awal bekerja di Farmasi Satelit.
- Mendapat pujian daripada Local Preseptor iaitu Hj Khairuddin PPF U38
disampaikan oleh pensyarah saya iaitu En Alioddin B. Damsah. (28 Mac 2012).
- Bekerja tanpa sebarang jadual bertugas di Farmasi Satelit selama 20
hari bekerja.
- Di stor Klinik Kesihatan Kota Bharu, saya dapat mempelajari sesuatu
yang jarang berlaku iaitu kuantiti stok yang diterima tidak sama dengan
kuantiti stok dalam borang inden. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh PPF
U32 iaitu Hj. Nik Hussain kepada saya.
- Walaupun saya terpaksa mengulang semester tetapi banyak perkara yang
telah saya lalui dan pelajari. Walaupun sedih kerana mengulang semester
tetapi ada hikmah di sebaliknya seperti apa yang saya ceritakan di atas.
- Belajar 3 tahun di kolej amat berbeza jika dibandingkan dengan bekerja
lebih daripada 30 tahun.
- Akhir sekali, menerima pujian daripada seseorang amatlah mudah, tetapi
untuk menerima penghormatan satu perkara yang amat sukar.
- Prinsip yang saya pegang ketika berpraktikal :
a) Bangun awalb) Datang awal bekerjac) Datang punch card sendirid) Utamakan kerja dahulue) Rehat setelah semua kerja selesai sepenuhnya- Saya tidak pernah menyuruh orang lain punch kad untuk saya walau
sekali pun sekalipun terpaksa berjalan jauh dari klinik PSY dan Farmasi
Satelit.
Selayangku Sayang
Saya
menjalani satu lagi latihan praktis selama sebulan iaitu di Hospital Selayang
(HS). Ramai kawan-kawan saya merungut kerana terpaksa bangun awal dan bersedia
untuk menaiki bas seawal jam 6.30 pagi. Namun ia bukanlah satu masalah besar
buat saya kerana saya sudah biasa bangun awal sejak di bangku sekolah lagi dan
dan berpraktikal selama setahun di Kota Bharu. Kalau diikutkan boleh sahaja
saya bertolak paling lewat pada jam 7.20 pagi tetapi saya memikirkan alangkah
susahnya jika terpaksa bangun awal pagi untuk praktikal sem 6. Apa yang
menariknya saya berulang alik selama setahun ke HRPZ dengan menggunakan
kenderaan sendiri dan atas kemahuan saya sendiri untuk datang awal bekerja
tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
Saya
berasa bangga sepanjang 30 hari bekerja, saya merupakan orang yang paling awal
sampai untuk menunggu bas seawal jam 6.00 pagi. Seingat saya hanya 3 hari saya
tewas kerana saya dapati ada orang lebih awal lagi daripada saya. Sedangkan
mereka yang berpraktikal di Hospital Putrajaya dah Hospital Serdang pun
terkejar-kejar untuk menaiki bas. Boleh dikatakan saya telah membuat persediaan
yang rapi untuk menghadapi keadaan ini. Apa yang peliknya ialah saya seorang
lelaki berpraktikal dekat sahaja tetapi boleh bangun dan datang awal berbanding
mereka yang berpraktikal jauh tetapi datang lambat. Semua ini bergantung kepada
sikap kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Cabaran
saya bukan setakat di situ sahaja kerana, di HS staf dan pelatih tidak
dibenarkan untuk keluar rehat pada jam 10 pagi. Namun saya memandang perkara
ini dari sudut positif kerana di HRPZ juga saya tidak keluar rehat pada waktu
itu, benarlah dalam pepatah mengatakan “alah bisa, tegal biasa” dan saya mampu
melakukannya di HS dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk keluar curi
tulang. Biasalah bagi kawan-kawan yang lain turut merungut kerana sebelum ini
mereka sudah terbiasa keluar rehat pada jam 10 pagi. Di sana kerjanya begitu
leceh kerana kami terpaksa mengisi dan menulis label sendiri ditambah pula
dengan bilangan item yang terlalu banyak. Lebih mengecewakan apabila kerusi di
OPD boleh dibilang dengan jari dan kami boleh dikatakan berdiri sepanjang hari
sehingga jam 5 petang.
Komen dari LP untuk latihan praktis selama sebulan di Hospital Selayang |
Apa yang
menggembirakan saya apabila saya membelek buku log dan mendapati ada komen dari
local perseptor iaitu Pn Hjh Rahani Bt. Awang (PPF U38) iaitu RAJIN DAN SEDIA
MENERIMA TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi iaitu 51/52.
Keseluruhannya walaupun banyak cabaran yang saya hadapi di sana, namun saya
dapat melakukannya dengan baik dan saya dapat mengaplikasikan budaya positif
seperti di negara Jepun ini bermula di sekolah, HRPZ dan di Hospital Selayang.
Tidak hairanlah jika bekas Perdana Menteri kita memperkenalkan Dasar Pandang ke
Timur dengan menjadikan negara Jepun sebagai roll model dalam perkhidmatan
awam. Dasar ini menyamai dasar yang diamalkan oleh bekas Pengetua Kanan SMK
Tendong DG 54 iaitu Pn. Hjh Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob.
Fakta menarik mengenai diri saya ketika
berpraktikal di Hospital Selayang
- Sentiasa bangun seawal jam 5
pagi dan menjadi orang pertama yang menunggu bas seawal jam 6 pagi.
a) Saya sebagai seorang lelaki mampu menewaskan perempuan
untuk datang awal menunggu bas. Lebih-lebih lagi jarak antara blok lelaki dan
perempuan terlalu jauh. Blok perempuan lebih dekat untuk menunggu bas.
b) Bas hanya bertolak pada jam 6.30 pagi sehingga 6.40 pagi
dan perjalanan hanya mengambil masa setengah jam sahaja.
c) Saya mendahului rakan-rakan saya yang berpraktikal jauh
di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk menunggu bas.
- Dapat menerima cabaran tidak
rehat pada jam 10 pagi kerana saya sudah biasa melakukannya selama setahun
di HRPZ II dan KKB. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang tanpa
henti dalam masa seminggu.
- Punch kad datang dan balik
sendiri kecuali sekali saya menyuruh kawan untuk punch kad disebabkan
jarak antara OPD dan Jabatan kecemasan terlalu jauh.
- Mendapat komen melalui buku log
dari local perseptor iaitu Pn Hjh Rahani Bt. Awang (PPF U38) iaitu RAJIN
DAN SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi
iaitu 51/52.
menunggu bas untuk ke Hospital Selayang pada jam 6.15 pagi |
Dari
segi pencapaian akademik, saya jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan sekelas
saya dari segi PNGK. Namun, perlu diingat setiap manusia ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Bagi saya, mereka yang mendapat PNGK yang tinggi atau
cemerlang tidak semestinya cemerlang dalam prestasi dan sikap ketika bekerja. Walaupun
PNGK saya tidak mampu menandingi PNGK kawan-kawan saya yang lain tetapi saya
mampu menandingi mereka dari segi sikap @ attitude ketika bekerja. Ramai yang
memandang remeh mengenai sikap ketika bekerja kerana mereka merasakan kerja
merupakan satu perkara yang mudah dan mereka mengambil sikap acuh tidak acuh
mengenainya. Berbeza dengan saya amat menitik beratkan displin kerja kerana
saya menyedari apabila saya rajin bekerja, maka secara tidak langsung saya akan
memperbaiki diri sedikit demi sedikit walaupun pada asalnya saya kurang pandai
dalam akademik dan saya telah buktikan terutamanya di HRPZ.
Sehingga sekarang saya masih berhubung dengan Pn Siti Zainab dan datang melawat PSS bila ada kelapangan. Guru-guru PSS masih lagi menghormati saya selaku bekas Pengerusi PSS sehinggakan ada yang bertanya “awak datang ke sini untuk bertugas ?”. Pn. Siti Zainab sendiri menyatakan kepada saya hasil kejayaan PSS merupakan penat lelah saya sewaktu menjadi Pengawas PSS. Apa yang menarik perhatian saya ialah hasil kerja saya masih ada di sana dan tidak diubah walaupun sudah lima tahun saya meninggalkan PSS :-)
Akhir sekali..Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih saya kepada bekas
penyelaras PSS SMK Tendong, Tn Hj Abd Rahman B. Mahmood, penyelaras kini Pn
Siti Zainab Bt. Mohamad dan guru-guru koridor PSS kerana memberi sepenuh
kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menerajui PSS SMK Tendong yang muncul
sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di peringkat negeri Kelantan dan
Kebangsaan pada tahun 2006. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik
anda semua dan jasa anda akan ku kenang sehingga akhir hayat..terima kasih :-)
Lawatan saya ke PSS SMK Tendong
pada 11 Jun 2012
(Sireh Pulang ke gagang)
(Sireh Pulang ke gagang)
bekas Pengerusi PSS SMK Tendong sesi 2006-2007 |
bersama Pn. Sakinah Bt. Ibrahim |
bersama Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad (Penyelaras PSS SMK Tendong) |
mengenang kenangan lama di PSS SMK Tendong |
p/s : I already married with pharmacy technician carrier but i am still falling in love with librarian carrier.
PROFIL HJH WAN KARIMAH BT HJ WAN YAACOB A.M.N
SEJARAH PERKHIDMATAN
Bil. Jawatan Nama Sekolah Tempoh
(Dari – Hingga)
1. Guru Penolong
Maktab Rendah Sains Mara
Pengkalan Chepa, Kelantan 1973-1974
2. Guru Penolong
SM Lemal Pasir Mas,
Kelantan 1.1.1975 - 30.8.1977
3. Guru Penolong
SM Sultan Ibrahim 1 Pasir
Mas, Kelantan 1.9.1977 – 31.12.1983
4. Guru Penolong 1.1.1984 – 3.1.1988
5. Penyelia Petang
(Tingkatan Kanan) 1.4.1988 – 28.2.1992
6. Pen. Kanan Pentadbiran
(Tingkatan Kanan)
SMK Kota, Kota Bharu,
Kelantan
1.3.1992 – 15.1.1994
7.
Pengetua, DG3
(Tingkatan Kanan)
SMK Pintu Geng, Kota
Bharu, Kelantan 16.1.1994 - 15.11.1995
8. Pengetua DG48 16.11.1995 – 15.4.2002
9. Pengetua Kanan, DG54
SMK Tendong, Pasir Mas,
Kelantan
16.4.2002 – 31.12.2006
10. Senior Consultant
(Perunding Kanan) Institut Aminuddin Baki 19.3.2007 - sekarang
DARJAH KEBESARAN/SURAT KEPUJIAN/PENGHARGAAN YANG PERNAH
DITERIMA :
1 Bintang Ahli Mangku Negara Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong 1999
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran
Malaysia
1999
3. Surat penghargaan Majlis Belia Jajahan Pasir
Mas 2000
4. Anugerah Perlantikan Pengetua Cemerlang DG54 Menteri Pelajaran
Malaysia 2002
5. Tauliah Mejar Kadet Remaja Sekolah Pengarah Pelajaran
Negeri Kelantan
2002
6. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua
Cemerlang Gred JUSA C
Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia
2004
7. Anugerah Perlantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pendidikan
Malaysia 2007
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN YANG PERNAH DITERIMA OLEH
SEKOLAH YANG DIPIMPIN SEPANJANG TAHUN 2000 HINGGA 2006
Bil. Anugerah dan Penghargaan yang diterima, Nama Sekolah
Peringkat
& Tahun
1. Anugerah Kualiti menteri Pendidikan (kategori Sek.Men
Luar Bandar) - tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
1999
2. Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan – Pengurusan
Kewangan dan Akaun - tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2000
3. Anugerah 3K - tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2000
4. Juara pengurusan Kewangan dan Akaun
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000
5. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000
6. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000
7. Juara Pengurusan Kemahiran Hidup – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000
8. Juara Pengurusan Displin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000
9. Juara Pengurusan Displin – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001
10. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001
11. Juara Akademik STPM – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001
12. Juara Pengurusan PIBG – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001
13. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001
14. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001
15. Juara Pusat Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001
16. Juara PSS Cemerlang (Peringkat Luar Bandar)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001
17. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2002
18. Juara Pusat sumber – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002
19. Juara Takmir Musalla – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002
20. Sekolah Sebagai Koridor Raya Maklumat Anjuran PSPN
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002
21. Juara PSS Cemerlang – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
22. Juara Takmir Musalla – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
23. Juara Makmal ERT – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
24. Juara Laman Web – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
25. Juara Pengurusan Bilik Buku Teks – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
26. Juara Landskap – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
27. Juara Makmal Sains – tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
28. Juara Bengkel Kemahiran Hidup –tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003
29. Juara Takmir Musalla – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
30. Juara Taman Sumber – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
31. Juara Landskap – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2004
32. Juara Aktiviti PAK – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
33. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
34. Juara Bengkel Kemahiran Hidup –tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
35. Juara Pusat Sumber Sekolah – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
36. Juara Akademik PMR (Pencapaian Keseluruhan 2003)
– tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
37. Juara Akademik STPM (Pencapaian Cemerlang 2003)
– tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
38. Juara Kaunseling – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
39. Juara Pengurusan Maklumat – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
40. Juara Pengurusan SPBT – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
41. Anugerah Khas PSS Cemerlang – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2004
42. Anugerah Juara Keseluruhan Sekolah Menengah – tempat
pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004
43. Juara Pengurusan & Organisasi (POP) – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005
44. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
45. Juara Bimbingan dan Kaunseling Sek.Men
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
46. Juara Pusat Sumber Sekolah (PSS) – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
47. Juara Takmir Musalla – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
48. Juara Bengkel Kemahiran Hidup – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
49. Juara Taman Sumber – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
50. Juara Landskap Sekolah Menengah – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
51. Juara Pusat Akses Kendiri (PAK) Sekolah Menengah
– tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005
52. Juara kelab dan Persatuan – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005
53. Juara Kantin Berbintang – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005
54. Juara Kecemerlangan STPM – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005
55. Juara Kokurikulum Akademik – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
56. Juara Kelab dan Persatuan – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
57. Juara Kokurikulum Pendidikan Islam – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
58. Juara Displin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
59. Juara PSS – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
60. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
61. Juara Pengurusan Akademik – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
62. Juara Pengurusan Bilik PAK – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
63. Juara Pengurusan SPBT – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
64. Juara Bengkel Kemahiran Hidup – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
65. Juara Kantin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
66. Juara Keseluruhan Anugerah Juara PPD Pasir Mas/Tumpat
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
67. Pertandingan sekolah Berbintang PPD Pasir Mas/Tumpat
– 5 bintang
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006
68. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Kebangsaan
2006
Komen :
1. Chua
Sue Hoon
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........
So proud of u!!!! haha...
Keep it up k...
yerrr...., i feel nei jiu nu.., always ask u to snake..
Dnt learn from me..
haha.... So cute!!
Keep it up k...
yerrr...., i feel nei jiu nu.., always ask u to snake..
Dnt learn from me..
haha.... So cute!!
hey.. i do read k..
i memang proud of u pun..
"haha.... ya lor?? we ZOOM IN d pic summore so that chua terliur
kah kah....
and ho...?? no 1 filling 4 d unit dose......... no 1 as rajin as Cai Zhong An dohhhh....."
ya lar.. i always saw u're d only 1 that
do extra works in IPD...
21 Februari 2012
2. Huey
Chin
WAOH!U MEMANG GENG!!:D
PROUD TAT U R CHINESE N MY FRD:) GOOD JOB N KEEP IN UP, OKAY, TEH O' BENG:p
HAHAHAHA:p
21 Februari 2012
ok la teh o beng~
yeah yeah
i knw we cant wait for
july!;P
hope they as good as u!
18 May 2012
3. Terence Foo
alright..looking
at it
very
good chua..
u hold
good positions in school
proud
of u man
what
u said in ur blog is very true
about
the life in hrpz
about
punctuality and dicipline
haha
nice
blog man..u ada banyak pencapaian
next
time sure successful
coz
u r hardworking person
25 Februari
2012
4. Badrul
ok2..hehe...hebat...smpai
pengerusi ekh
saya
biasa smpai standard naib pengerusi jer
huhu
hehe...mmg
bnyak anugerah tu...kami x sampai tahap tu...