Monday 13 February 2012

Kejayaan PSS SMK Tendong..kebanggaanku untuk selama-lamanya







kad matrik saya selaku Pengerusi PSS SMK Tendong sesi 2006-2007

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian, blog ini menceritakan kisah hidup saya kira-kira 10 tahun dahulu sehingga sekarang. Tidak ramai yang mengetahui kisah ini kerana saya merahsiakannya daripada pengetahuan rakan-rakan saya sehinggalah saya menceritakannya secara panjang lebar kepada rakan saya iaitu Wan Sukree B. Wan Ismail (PPF Pelatih Kumpulan 58). Ini membuatkan saya tergerak hati untuk menceritakannya kembali dalam blog ini. Saya berpegang kepada satu mutiara kata iaitu “bahagian terbaik untuk seseorang itu ialah perbuatannya yang baik tidak diketahui oleh orang lain”. Saya berasa gembira setelah agak lama menyimpan rahsia ini dan baharu mendedahkannya pada awal tahun ini. Saya ada membeli sebuah buku yang bertajuk “Siapakah Anda Untuk 10 Tahun Akan Datang”, ternyata kandungan buku itu seakan-akan sama dengan kisah hidup saya ini mengenai soal disiplin, ketabahan dan budaya kerja positif. Saya berharap anda berasa seronok setelah membacanya.















KEISTIMEWAAN PSS SMK TENDONG

PSS SMK Tendong mempunyai pelbagai kemudahan untuk pemerolehan maklumat. Maklumat-maklumat ini disediakan di PSS induk dan koridor-koridornya berjumlah 35 buah. Selain bahan cetak konvensional, PSS turut dilengkapi dengan kemudahan ICT. PSS menyediakan ‘access point’ untuk membolehkan capaian maklumat melalui internet dibuat menggunakan komputer di unit perpustakaan.

Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan telah menjadikan PSS SMK Tendong sebagai sebuah PSS cemerlang dan seterusnya sebagai “bench mark” kepada sekolah-sekolah sekitarnya. PSS SMK Tendong sering menerima kunjungan pelawat-pelawat kenamaan termasuklah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama dengan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan sebagai pengiring iaitu

1. Dato’ Dr Abdul Shukor Abdullah pada 17 November 1998,

2. Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 16 Jun 2002,

3. Ketua Jemaah Nazir Malaysia iaitu Hj Ahmad Zabidi B. Shamsuddin pada 8 September 2004.

4. Dato’ Hj Ahamad Sipon pada 4 Disember 2005



Bidang Tugas Pengawas Pusat Sumber :

1. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS
2. Membantu melakukan kerja-kerja memproses bahan seperti melabel, cop
hak milik dan sebagainya.
3. Membantu dalam kerja semakan terimaan bahan dari pembekal.
4. Menjadi serantan dalam perhubungan dalaman dengan pengguna PSS.
5. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengedaran bahan bukan buku
( pinjaman dan pemulangan).
6. Membantu dalam penyusunan bahan sumber di rak-rak dan sebagainya
7. Menyimpan bahan-bahan yang telah digunakan oleh pengguna ke tempat
asal.
8. Menjaga kebersihan PSS, menyusun dan mengemas.
9. Membantu dalam penyemakan buku, majalah dan akhbar yang diterima
daripada pembekal dan merekodkan ke dalam buku stok.
10. Membantu menguruskan Alat Pandang Dengar ( termasuk perkakasan
dan perisian)
11. Menjadi petugas seranta dan watak personal dengan para pengguna PSS
12. Menguruskan perkhidmatan rujukan
13. Melakukan kerja-kerja baik pulih bahan-bahan yang rosak
14. Melakukan kerja-kerja perkeranian jika perlu
15. Menjalankan tugas-tugas pelbagai di PSS mengikut keperluan arahan
semasa oleh Pengetua/guru PSS.


Kejayaan yang diraih :

1. Johan PSS Cemerlang, Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar, Negeri Kelantan (2002)

2. Johan Anugerah Sekolah sebagai Koridor Raya Maklumat Peringkat Negeri Kelantan (2002)

3. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003)

4. Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004)

5. Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2005)

6. Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2006)


(dipetik daripada Majalah Rasmi SMK Tendong IQRA')





Tempoh Perkhidmatan :

Ahli Biasa : Februari 2002 - Disember 2004,

Pengerusi Unit Perpustakaan : Januari 2005 - November 2005,

Pengerusi Pusat Sumber Sekolah *: Januari 2007 - November 2007,

Ahli Biasa di Perpustakaan Negara Malaysia : November 2010 – kini

*Unit Perpustakaan + 35 Koridor PSS



Senarai Koridor-koridor PSS SMK Tendong di bawah tanggungjawab saya :

1. Bilik Alat Pandang Dengar (APD)
2. Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Bilik Self Access Learning (SAL)
4. Klinik Matematik
5. Balai Seni
6. Galeri Warisan
7. Galeri PSS
8. Bilik Auditorium Wawasan PIBG
9. Bilik Pengawas
10. Stesen Kaji Cuaca
11. Bilik Kaunseling
12. Makmal Sains
13. Bilik PIBG
14. Bilik Kesihatan
15. Kafeteria Sri Tendong
16. Bilik Gerakan
17. Mini PSS dalam bilik darjah
18. Studio Radio Sri Tendong
19. Pondok Ilmu
20. Bilik Guru
21. Bilik Buku Teks
22. Bilik Iqra’
23. Unit Penilaian & Peperiksaan
24. Laluan Ilmu 1 & 2
25. Dataran Nilam
26. Taman-Taman
27. Taman Herba
28. Taman Sains
29. Taman Terbiar
30. Taman Sains Geografi
31. Taman Warisan
32. Taman Arif
33. Taman Sayur-Sayuran
34. Musalla Al-Falah
35. Koperasi



Anugerah & Penghargaan daripada Pengetua Kanan SMK Tendong :

1. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2001
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C


2. Sijil Kecemerlangan Akademik untuk Ujian Bulanan 1 Tahun 2002
Keputusan : 5A, 3B, dan 1C


3. Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Sejarah Tahun 2002.



4. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT GANGSA : Apr 2003

*73 buah buku

5. Anugerah Program Nilam (Program Membaca) PINGAT PERAK : Nov 2005
*205 buah buku

6. Sijil Penghargaan PENGAWAS PSS sesi 2002 / 2003 : Nov 2005

7. Sijil Penghargaan PENGERUSI UNIT PERPUSTAKAAN sesi 2004 / 2005 : Nov 2005

8. Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pengawas PSS : Feb 2007

9. Sijil Penghargaan PENGERUSI PUSAT SUMBER SEKOLAH sesi 2006 / 2007 : Nov 2007

10. Anugerah Pengawas PSS Cemerlang : Nov 2007


Syarat penganugerahan Sijil Penghargaan daripada PSS SMK Tendong

*sijil penghargaan untuk Pengawas PSS hanya diberi kepada individu yang akan menamatkan zaman persekolahan atau bertukar sekolah sahaja.





Kronologi perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2007

1. Dilantik sebagai ahli biasa bermula Februari 2002 melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh exco PSS Tingkatan Enam Atas, saya menjadi ahli biasa sehingga Disember 2004. Sepanjang tempoh itu, saya bersama guru-guru PSS dan rakan seperjuangan bekerja keras dalam merealisasikan impian bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54 iaitu Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob A.M.N. yang mahu melihat PSS SMK Tendong berjaya dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.


2. Atas kepercayaan yang diberikan oleh Pn Siti Zainab Bt. Mohamad (Pengerusi Unit Perpustakaan kini Penyelaras PSS SMK Tendong) kepada saya melalui pengalaman dan hasil kerja saya selama 2 tahun. Beliau telah menawarkan jawatan exco PSS sebagai Pengerusi Unit Perpustakaan pada penghujung tahun 2004 dan disokong oleh bekas Penyelaras PSS SMK Tendong, Tn. Hj Abd Rahman B. Mahmood . Ketika itu saya berusia 17 tahun dan saya telah mencipta sejarah kerana buat pertama kali Pengawas PSS Tingkatan 5 menganggotai exco tertinggi dan saya adalah satu-satunya wakil Pengawas PSS Tingkatan 5 dipilih untuk ke jawatan itu kerana sebelum ini jawatan exco hanya diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam Atas sahaja. Dalam carta organisasi, saya berada di bawah Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bersama AJK nya tetapi saya diberi kepercayaan untuk mengetuai barisan exco Unit Perpustakaan Tingkatan Enam Atas. Walaupun mereka tua 2 tahun daripada saya tetapi mereka tetap menghormati saya berdasarkan pengalaman saya selama 2 tahun menjadi Pengawas PSS, mereka juga kerap meminta bantuan saya mengenai soal pembahagian tugas dan urusan harian Unit Perpustakaan. Ketika itu PSS SMK Tendong muncul juara peringkat negeri sebanyak dua kali dan mendapat tempat ketiga di peringkat kebangsaan.



FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Unit Perpustakaan SMK Tendong bagi sesi 2004-2005 :



a. Pengawas PSS Tingkatan 5 yang pertama kali dilantik untuk menganggotai barisan exco tertinggi PSS kerana sebelum ini exco PSS dipilih dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Atas sahaja.


b. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan Exco PSS Sesi 2004-2005.

c. Mempunyai pengalaman sebagai ahli biasa selama 2 tahun bersama kejayaan memenangi Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan (2003) dan Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (2004).


c. Jawatan Pengerusi Unit Perpustakaan diperkenalkan oleh Pn Siti Zainab (Pengerusi Unit Perpustakaan) buat kali pertama pada tahun bagi Exco PSS bagi sesi 2004 / 2005. Saya merupakan orang yang pertama dilantik ke jawatan itu. Namun begitu, jawatan ini dimansuhkan untuk tahun-tahun seterusnya dan bermakna saya juga adalah orang yang terakhir memegang jawatan itu.


d. Ahli-ahli saya ialah PENGAWAS PSS TINGKATAN ENAM ATAS & saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka dan ahli-ahli di bawah mereka terdiri dari Pengawas PSS Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.





3. Saya kembali belajar di SMK Tendong pada Julai 2006 untuk Tingkatan Enam Rendah dan sekali lagi mendapat kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi Pusat Sumber Sekolah pada penghujung tahun 2006. Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Pengerusi PSS sesi 2006-2007 iaitu saudara Faiz B. Che Ismail yang menamatkan tempoh perkhidmatannya pada bulan November 2006. Jawatan ini merupakan jawatan kedua tertinggi selepas jawatan Ketua Pengawas Sekolah. Jawatan ini berbeza dengan jawatan yang saya pegang dulu kerana saya bertanggungjawab terhadap Unit Perpustakaan serta 35 koridor PSS SMK Tendong. Apa yg membanggakan saya ialah ketika saya dilantik ke jawatan itu, PSS SMK Tendong baharu sahaja muncul Juara Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Fakta yang menarik kerana Pengerusi PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 tidak mempunyai pengalaman yang luas mengenai selok-belok pentadbiran PSS SMK Tendong dan saya merupakan pelajar berbangsa Cina pertama menjawat jawatan ini, kerana pelajar Cina terakhir hanya menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan memegang jawatan sebagai exco biro disiplin. Saya dipilih berdasarkan pengalaman saya berkhidmat kepada PSS selama 4 tahun dan telah menjadi Pengerusi Unit Perpustakaan selama setahun sewaktu belajar di Tingkatan Lima. Saya akui memang wujud  tekanan kepada saya kerana saya perlu menjaga nama dan membawa imej yang baik khususnya kepada ahli-ahli saya dan semua pelajar kerana status PSS SMK Tendong sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada September 2006. Namun, hasil sokongan daripada semua pihak membolehkan saya menjalankan tugas & tanggungjawab ini dengan sempurna sehingga saya menamatkan zaman persekolahan dan perkhidmatan saya sebagai Pengawas PSS.


FAKTA MENARIK mengenai Pengerusi Pusat Sumber Sekolah bagi Sesi 2006-2007 :

a. Pengerusi PSS yang pertama mempunyai pengalaman mengenai selok-belok pentadbiran dan perjalanan urusan di PSS (selama 4 tahun) bersama kejayaan Johan Pertandingan Juara Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Kelantan sebanyak dua kali (tahun 2003 & 2005) dan mendapat Tempat Ketiga Pertandingan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (tahun 2004).


b.Pengerusi PSS dari tahun 2002 sehingga tahun 2006 TIDAK PERNAH menjadi Pengawas PSS SMK Tendong sebelum mereka dipilih ke jawatan itu. Oleh yang demikian, pemilihan mereka adalah berdasarkan kepada bakat kepimpinan walaupun mereka tiada pengalaman sebagai Pengawas PSS.


c. Pengawas PSS yang pertama telah dilantik menjadi Pengerusi sebanyak DUA KALI sepanjang kariernya.


d. Satu-satunya Pengawas PSS berbangsa Cina dalam barisan exco tertinggi PSS sesi 2006-2007.



e. Pengawas PSS berbangsa Cina yang pertama juga memegang jawatan  tertinggi sebagai Pengerusi kerana Pengawas PSS berbangsa Cina yang terakhir hanya menjadi exco PSS pada tahun 2002 dengan memegang jawatan sebagai exco biro disiplin iaitu pada tahun 2002.








Bidang Tugas Pengerusi Pusat Sumber Sekolah:


1. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pengawas PSS bagi exco tertinggi, unit perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah.



2. Menyediakan jadual bertugas khususnya kepada ahli di unit perpustakaan.

3. Memantau kehadiran ahli-ahli di semua koridor dengan bantuan exco @ ketua koridor y/m dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahli-ahli di Unit Perpustakaan



4. Mengadakan sesi temuduga bagi pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4 & mencadangkan ahli-ahli baharu kepada Penyelaras PSS / Pengerusi Unit Perpustakaan (Guru)



5. Memegang kunci unit perpustakaan dengan memulakan perkhidmatan seawal jam 7.15 pagi dan menamatkan perkhidmatan pada jam 3.00 ptg.



6. Menyediakan laporan mengenai perkara-perkara yang berkaitan seperti masalah disiplin, kebajikan ahli-ahli, perjalanan jadual bertugas dan lain-lain kepada guru-guru PSS.


7. Memastikan buku-buku, bahan cetak, majalah, surat khabar, alat multimedia di unit perpustakaan sentiasa dalam keadaan kemas, baik & teratur dan suasana perpustakaan dalam keadaan bersih dan ceria.


8. Menerangkan kepada pelawat-pelawat sama ada pelawat dalam negeri, luar negeri, atau kenamaan mengenai urusan harian di PSS.



Hasil didikan yang tegas daripada...


1. Pn. Hjh. Wan Karimah Bt. Hj. Wan Yaacob A.M.N.
a.Bekas Pengetua Kanan SMK Tendong Gred DG 54

b. Bintang Ahli Mangku Negara oleh Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong 1999.

c. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia 1999.

d. Anugerah Perlantikan Pengetua Cemerlang DG54 oleh Menteri Pelajaran Malaysia 2002.



e. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua Cemerlang Gred JUSA C oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2004

7. Anugerah Perlantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pelajaran Malaysia 2007




2. Tn. Hj. Che Ismail B. Hj. Che Hussin
a. Guru Cemerlang Sejarah STPM Gred DG 48


b. Bekas Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Peringkat Kebangsaan.

c. Panel Penggubal Subjek Sejarah STPM Peringkat Negeri Kelantan.


3. En. Look Thien Jee
a. Guru Kanan Teknik & Vokasional Gred DG 44


b. Bekas Panel Penggubal Subjek Pengetahuan Moral SPM Peringkat Kebangsaan pada tahun 2005


4. Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad
a. Guru Subjek Bahasa Inggeris & Malaysian University English Test (MUET) Gred DG 44


b. Penyelaras PSS SMK Tendong





....telah banyak mematangkan saya sepanjang saya belajar & bekerja selama hampir 5 tahun bersama mereka. Contohnya, ketika saya menjadi Pengerusi, saya diamanahkan untuk memegang kunci PSS dan perlu membuka pintu Perpustakaan seawal jam 7 pagi bagi memastikan ahli-ahli PSS yg lain dapat bertugas dengan baik pada jam 7.15 pagi dan saya adalah orang yang terakhir yang dapat pulang & mengunci pintu PSS pada jam 3 petang. Beliau amat menitik beratkan soal disiplin kerja dengan falsafahnya "UTAMAKAN KERJA DAHULU". Hasil didikan beliau dan guru2 yang saya sebutkan di atas kepada saya menyebabkan sehingga sekarang saya masih membawa budaya ini ketika berpraktikal di Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Saya menjadi seorang yang berdisiplin dalam soal menepati masa dan bekerja hasil ketegasan daripada mereka.Terima Kasih Puan, Cikgu & Thank You Teacher !!!



       Sebenarnya, saya adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Ramai orang berkata, anak lelaki bongsu adalah manja dengan ibu-bapa. Situasi ini berlainan dengan saya kerana hasil daripada ketegasan merekalah telah banyak mematangkan hidup saya. Setiap kali apabila saya memberikan jawapan iaitu saya ialah anak bongsu, ramai yang sukar untuk mempercayainya.




Semester 4



        Di HRPZ pula, saya membawa budaya kerja yang penuh dengan disiplin sejak zaman persekolahan iaitu datang bekerja seawal 7.15 pagi dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Rekod kehadiran saya seawal jam 7.13 pagi dan paling lewat ialah pada jam 7.29 pagi, rekod ini dapat saya kekalkan bermula dari Julai 2011 sehingga sekarang dan menyamai rekod kehadiran saya terdahulu sewaktu saya menjadi Pengerusi Perpustakaan (2005) dan Pengerusi PSS (2007). Contohnya, ketika saya ditempatkan di unit sub-stor selama 2 minggu dari 23 Oktober 2011 sehingga 3 November 2011. Pada masa itu Penolong Pegawai Farmasi U38 iaitu Hj Khairuddin telah mengarahkan saya menyusun kembali ubat-ubatan di dalam sub-stor. Susunan terdahulu ialah mengikut pengkelasan farmakologi dan susunan yang beliau inginkan ialah mengikut urutan abjad dari huruf A sehingga huruf Z. Malang buat saya kerana hanya saya seorang sahaja pelatih yang ditempatkan di situ dan saya hanya dibantu oleh PPF U32 iaitu En Nik Hazlan bagi menyusun kembali ubat-ubatan di sub-stor. saya juga perlu menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad, kerana susunan terdahulu adalah secara rawak dan tidak teratur. Tugas saya tidak berhenti di situ sahaja kerana pada minggu berikutnya Hj Khairuddin memberi tugasan kepada saya untuk menyediakan Bin Kad baharu bg ubat-ubatan “List A” dan melengkapkan senarai nombor bin kad bagi kategori ubat-ubatan di HRPZ II. Saya juga turut dibebani dgn stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan. SEMUA TUGASAN ini berjaya disempurnakan oleh saya sendiri dalam masa 2 MINGGU dengan bantuan En Nik Hazlan dan TANPA BANTUAN WALAU SEORANG PUN DARI RAKAN-RAKAN PELATIH SENDIRI. Sehingga kini, susunan ubat yang saya susun dahulu masih kekal sehingga sekarang ! Apa yang menggembirakan saya ialah sehingga sekarang apabila saya berselisih dengan Hj Khairuddin..beliau akan menegur saya terlebih dahulu. Ini merupakan satu penghormatan buat diri saya sebagai seorang pelatih yg mewakili KSKB Sg Buloh !





Ringkasan tugasan saya di sub-stor selama 2 minggu bersama En Nik Hazlan 



1. Menyusun kembali ubat-ubat daripada mengikut pengkelasan farmakologi kepada susunan abjad dari A sehingga Z tanpa mengira pengkelasan farmakologi ubat tersebut.


2. Menyenaraikan dan menyusun kembali ubat-ubat mata, telinga, dan inhalasi yang kesemuanya berjumlah 50 jenis mengikut turutan abjad. Susunan asal ialah secara rawak & kelihatan tidak teratur.



3. Menyediakan Bin Kad baharu bagi ubat-ubatan “List A”.



4. Melengkapkan senarai nombor bin kad bagi ubat-ubat yg nombor bin kadnya tiada.



5. Dibebani dengan stok banyak yang baharu diinden oleh En Nik Hazlan dan perlu menyusun kembali ubat-ubat tersebut mengikut huruf yang telah ditetapkan.





Semester 5


Budaya kerja yang penuh dengan disiplin ini saya teruskan di unit Farmasi Pesakit Dalam (IPD) mendapat perhatian daripada dua orang PRP iaitu Chua Sue Hoon & Ong Huey Chin. Hubungan kami bertiga begitu rapat sehingga menggelarkan diri masing-masing sebagai “cek mek” (sejenis kuih di Kelantan) dan Teh O Beng (teh ais). Ada satu hari, saya tiada di IPD kerana saya perlu menolong menyiapkan kerja di Unit Pra Bungkus. Mereka berdua begitu mengambil berat akan diri saya sehinggakan mereka tercari-cari saya pada ketika itu. Penolong Pegawai Farmasi U38 iaitu Hjh Zalilah turut menyatakan kepada saya yang saya adalah SEORANG ANAK YANG BAIK kerana ketika itu saya seorang sahaja bekerja sedangkan rakan-rakan saya yang lain sudah keluar rehat pada seawal jam 10 pagi. Di Farmasi Satelit, saya memulakan tugas sebelum jam 8 pagi untuk mengemas dan top up ubat sehinggakan seorang PPF U29 iaitu kak Hasmarisa hairan dan memuji saya. Saya meneruskan tugas sehingga jam 12.20 tengah hari tanpa keluar rehat pada jam 10 pagi. Sepanjang 20 hari bekerja di Farmasi Satelit, saya hanya keluar rehat SEKALI SAHAJA ! Keadaan Farmasi Satelit yang sempit menyukarkan proses kerja. Memburukkan lagi keadaan kerana saya terpaksa bekerja tanpa jadual bertugas. Oleh itu, saya terpaksa melakukan semua kerja setiap hari (20 hari bekerja) seperti:


a. Pengisian losyen.

b. Pengisian Unit Of Use (lebih daripada 600 keping slip berjaya diisi oleh saya).

c. Pengisian Unit Dose.

d. Menokok tambah stok ubat.

e. Menyimpan kembali ubat discaj..

f. Pengisian dan pendispensan di kaunter discaj.




Hasil yang saya perolehi sepanjang berpraktikal setahun di HRPZ dan Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu sangat membanggakan :

    1. Saya tidak pernah menyuruh orang lain punch kad untuk saya walau sekali pun sekalipun terpaksa berjalan jauh dari klinik PSY dan Farmasi Satelit.

    1. Rekod kehadiran bekerja yang cemerlang iaitu sampai di hospital dan klinik seawal jam 7.00 – 7.15 pagi. Punch kad sendiri paling awal jam 7.13 pagi dan paling lewat jam 7.29 pagi

    1. Mengutamakan kerja terlebih dahulu dengan tidak keluar rehat pada jam 10 pagi dan baharu keluar rehat sebelum jam 12.30 tengah hari. Jika keluar rehat jam 10 pagi pun kerana terlibat dengan “lunch break duty” atau terpaksa menemani kawan keluar rehat pada waktu itu.

    1. Mendapat pujian dari seorang PPF perempuan U29 di Farmasi Pesakit Luar. Ketika itu saya ingin bercuti dan beliau menggalakkan saya bercuti kerana berpendapat hanya saya banyak membuat kerja lebih di situ. (September 2011)

    1. Berpeluang menyediakan persediaan sitotoksik drug walaupun sebelum ini pelatih tidak dibenarkan untuk melakukannya dan Pegawai Farmasi y/m sendiri menyuruh dan mengawasi saya ketika itu. Sebanyak 26 persediaan telah saya sediakan selama 3 jam bersama-sama dengan seorang PPF U29 iaitu En. Hassan B. Awang Ali. (21 Ogos 2012)

    1. Menyusun kembali ubat-ubatan di sub-stor dan menyediakan bin kad baharu atas arahan pemangku Local Preseptor iaitu PPF U38 Hj Khairuddin B. Yang Shariff. Tugasan ini berjaya saya laksanakan selama 2 minggu bersama-sama PPF U32 iaitu En. Nik Hazlan dan tanpa bantuan walau seorang pun daripada rakan-rakan pelatih.


    1. Saya bertegas menggantikan cuti yang saya ambil sempena Tahun Baharu Cina di Farmasi Pesakit Dalam walaupun Hjh Zalilah tidak memaksa saya untuk menggantikannya.


    1. Menerima pujian dari seorang PPF perempuan U29 iaitu kak Hasmarisa kerana saya adalah orang yang paling awal bekerja di Farmasi Satelit.

    1. Mendapat pujian daripada Local Preseptor iaitu Hj Khairuddin PPF U38 disampaikan oleh pensyarah saya iaitu En Alioddin B. Damsah. (28 Mac 2012).

    1. Bekerja tanpa sebarang jadual bertugas di Farmasi Satelit selama 20 hari bekerja.

    1. Di stor Klinik Kesihatan Kota Bharu, saya dapat mempelajari sesuatu yang jarang berlaku iaitu kuantiti stok yang diterima tidak sama dengan kuantiti stok dalam borang inden. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh PPF U32 iaitu Hj. Nik Hussain kepada saya.

    1. Walaupun saya terpaksa mengulang semester tetapi banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Walaupun sedih kerana mengulang semester tetapi ada hikmah di sebaliknya seperti apa yang saya ceritakan di atas.
    2. Belajar 3 tahun di kolej amat berbeza jika dibandingkan dengan bekerja lebih daripada 30 tahun.

    1. Akhir sekali, menerima pujian daripada seseorang amatlah mudah, tetapi untuk menerima penghormatan satu perkara yang amat sukar.

    1. Prinsip yang saya pegang ketika berpraktikal :
    a)    Bangun awal
    b)    Datang awal bekerja
    c)    Datang punch card sendiri
    d)    Utamakan kerja dahulu
    e)    Rehat setelah semua kerja selesai sepenuhnya




Selayangku Sayang



            Saya menjalani satu lagi latihan praktis selama sebulan iaitu di Hospital Selayang (HS). Ramai kawan-kawan saya merungut kerana terpaksa bangun awal dan bersedia untuk menaiki bas seawal jam 6.30 pagi. Namun ia bukanlah satu masalah besar buat saya kerana saya sudah biasa bangun awal sejak di bangku sekolah lagi dan dan berpraktikal selama setahun di Kota Bharu. Kalau diikutkan boleh sahaja saya bertolak paling lewat pada jam 7.20 pagi tetapi saya memikirkan alangkah susahnya jika terpaksa bangun awal pagi untuk praktikal sem 6. Apa yang menariknya saya berulang alik selama setahun ke HRPZ dengan menggunakan kenderaan sendiri dan atas kemahuan saya sendiri untuk datang awal bekerja tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.



            Saya berasa bangga sepanjang 30 hari bekerja, saya merupakan orang yang paling awal sampai untuk menunggu bas seawal jam 6.00 pagi. Seingat saya hanya 3 hari saya tewas kerana saya dapati ada orang lebih awal lagi daripada saya. Sedangkan mereka yang berpraktikal di Hospital Putrajaya dah Hospital Serdang pun terkejar-kejar untuk menaiki bas. Boleh dikatakan saya telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi keadaan ini. Apa yang peliknya ialah saya seorang lelaki berpraktikal dekat sahaja tetapi boleh bangun dan datang awal berbanding mereka yang berpraktikal jauh tetapi datang lambat. Semua ini bergantung kepada sikap kita sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

            Cabaran saya bukan setakat di situ sahaja kerana, di HS staf dan pelatih tidak dibenarkan untuk keluar rehat pada jam 10 pagi. Namun saya memandang perkara ini dari sudut positif kerana di HRPZ juga saya tidak keluar rehat pada waktu itu, benarlah dalam pepatah mengatakan “alah bisa, tegal biasa” dan saya mampu melakukannya di HS dan tidak pernah mengambil kesempatan untuk keluar curi tulang. Biasalah bagi kawan-kawan yang lain turut merungut kerana sebelum ini mereka sudah terbiasa keluar rehat pada jam 10 pagi. Di sana kerjanya begitu leceh kerana kami terpaksa mengisi dan menulis label sendiri ditambah pula dengan bilangan item yang terlalu banyak. Lebih mengecewakan apabila kerusi di OPD boleh dibilang dengan jari dan kami boleh dikatakan berdiri sepanjang hari sehingga jam 5 petang.



Komen dari LP untuk latihan praktis selama sebulan di Hospital Selayang


            Apa yang menggembirakan saya apabila saya membelek buku log dan mendapati ada komen dari local perseptor iaitu Pn Hjh Rahani Bt. Awang (PPF U38) iaitu RAJIN DAN SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi iaitu 51/52. Keseluruhannya walaupun banyak cabaran yang saya hadapi di sana, namun saya dapat melakukannya dengan baik dan saya dapat mengaplikasikan budaya positif seperti di negara Jepun ini bermula di sekolah, HRPZ dan di Hospital Selayang. Tidak hairanlah jika bekas Perdana Menteri kita memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan negara Jepun sebagai roll model dalam perkhidmatan awam. Dasar ini menyamai dasar yang diamalkan oleh bekas Pengetua Kanan SMK Tendong DG 54 iaitu Pn. Hjh Wan Karimah Bt. Hj Wan Yaacob.



Fakta menarik mengenai diri saya ketika berpraktikal di Hospital Selayang


  1. Sentiasa bangun seawal jam 5 pagi dan menjadi orang pertama yang menunggu bas seawal jam 6 pagi.

a)    Saya sebagai seorang lelaki mampu menewaskan perempuan untuk datang awal menunggu bas. Lebih-lebih lagi jarak antara blok lelaki dan perempuan terlalu jauh. Blok perempuan lebih dekat untuk menunggu bas.

b)    Bas hanya bertolak pada jam 6.30 pagi sehingga 6.40 pagi dan perjalanan hanya mengambil masa setengah jam sahaja.

c)    Saya mendahului rakan-rakan saya yang berpraktikal jauh di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk menunggu bas.


  1. Dapat menerima cabaran tidak rehat pada jam 10 pagi kerana saya sudah biasa melakukannya selama setahun di HRPZ II dan KKB. Bekerja dari jam 8 pagi sehingga jam 2 petang tanpa henti dalam masa seminggu.

  1. Punch kad datang dan balik sendiri kecuali sekali saya menyuruh kawan untuk punch kad disebabkan jarak antara OPD dan Jabatan kecemasan terlalu jauh.

  1. Mendapat komen melalui buku log dari local perseptor iaitu Pn Hjh Rahani Bt. Awang (PPF U38) iaitu RAJIN DAN SEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB dan saya mendapat markah yang tinggi iaitu 51/52.



menunggu bas untuk ke Hospital Selayang pada jam 6.15 pagi

            Dari segi pencapaian akademik, saya jauh ketinggalan berbanding kawan-kawan sekelas saya dari segi PNGK. Namun, perlu diingat setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi saya, mereka yang mendapat PNGK yang tinggi atau cemerlang tidak semestinya cemerlang dalam prestasi dan sikap ketika bekerja. Walaupun PNGK saya tidak mampu menandingi PNGK kawan-kawan saya yang lain tetapi saya mampu menandingi mereka dari segi sikap @ attitude ketika bekerja. Ramai yang memandang remeh mengenai sikap ketika bekerja kerana mereka merasakan kerja merupakan satu perkara yang mudah dan mereka mengambil sikap acuh tidak acuh mengenainya. Berbeza dengan saya amat menitik beratkan displin kerja kerana saya menyedari apabila saya rajin bekerja, maka secara tidak langsung saya akan memperbaiki diri sedikit demi sedikit walaupun pada asalnya saya kurang pandai dalam akademik dan saya telah buktikan terutamanya di HRPZ.


  Sehingga sekarang saya masih berhubung dengan Pn Siti Zainab dan datang melawat PSS bila ada kelapangan.  Guru-guru PSS masih lagi menghormati saya selaku bekas Pengerusi PSS sehinggakan ada yang bertanya “awak datang ke sini untuk bertugas ?”. Pn. Siti Zainab sendiri menyatakan kepada saya hasil kejayaan PSS merupakan penat lelah saya sewaktu menjadi Pengawas PSS. Apa yang menarik perhatian saya ialah hasil kerja saya masih ada di sana dan tidak diubah walaupun sudah lima tahun saya meninggalkan PSS :-)


Akhir sekali..Sekalung penghargaan & ucapan terima kasih saya kepada bekas penyelaras PSS SMK Tendong, Tn Hj Abd Rahman B. Mahmood, penyelaras kini Pn Siti Zainab Bt. Mohamad dan guru-guru koridor PSS kerana memberi sepenuh kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menerajui PSS SMK Tendong yang muncul sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan pada tahun 2006. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua dan jasa anda akan ku kenang sehingga akhir hayat..terima kasih :-)



Lawatan saya ke PSS SMK Tendong pada 11 Jun 2012
(Sireh Pulang ke gagang)

bekas Pengerusi PSS SMK Tendong sesi 2006-2007
bersama Pn. Sakinah Bt. Ibrahim
bersama Pn. Siti Zainab Bt. Mohamad
(Penyelaras PSS SMK Tendong)

mengenang kenangan lama di PSS SMK Tendong





































p/s : I already married with pharmacy technician carrier but i am still falling in love with librarian  carrier.


PROFIL HJH WAN KARIMAH BT HJ WAN YAACOB A.M.N


SEJARAH PERKHIDMATAN

Bil. Jawatan Nama Sekolah Tempoh

(Dari – Hingga)



1. Guru Penolong

Maktab Rendah Sains Mara
Pengkalan Chepa, Kelantan 1973-1974

2. Guru Penolong
SM Lemal Pasir Mas,
Kelantan 1.1.1975 - 30.8.1977

3. Guru Penolong
SM Sultan Ibrahim 1 Pasir
Mas, Kelantan 1.9.1977 – 31.12.1983

4. Guru Penolong 1.1.1984 – 3.1.1988

5. Penyelia Petang
(Tingkatan Kanan) 1.4.1988 – 28.2.1992

6. Pen. Kanan Pentadbiran
(Tingkatan Kanan)
SMK Kota, Kota Bharu,
Kelantan
1.3.1992 – 15.1.1994

7.
Pengetua, DG3
(Tingkatan Kanan)
SMK Pintu Geng, Kota
Bharu, Kelantan 16.1.1994 - 15.11.1995

8. Pengetua DG48 16.11.1995 – 15.4.2002

9. Pengetua Kanan, DG54
SMK Tendong, Pasir Mas,
Kelantan
16.4.2002 – 31.12.2006

10. Senior Consultant
(Perunding Kanan) Institut Aminuddin Baki 19.3.2007 - sekarang




DARJAH KEBESARAN/SURAT KEPUJIAN/PENGHARGAAN YANG PERNAH

DITERIMA :


1 Bintang Ahli Mangku Negara Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong 1999

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran
Malaysia
1999

3. Surat penghargaan Majlis Belia Jajahan Pasir
Mas 2000

4. Anugerah Perlantikan Pengetua Cemerlang DG54 Menteri Pelajaran
Malaysia 2002

5. Tauliah Mejar Kadet Remaja Sekolah Pengarah Pelajaran
Negeri Kelantan
2002

6. Pencalonan Pelantikan Sebagai Pengetua
Cemerlang Gred JUSA C
Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia
2004

7. Anugerah Perlantikan sebagai Perunding Kanan Menteri Pendidikan
Malaysia 2007




ANUGERAH DAN PENGHARGAAN YANG PERNAH DITERIMA OLEH
SEKOLAH YANG DIPIMPIN SEPANJANG TAHUN 2000 HINGGA 2006

Bil. Anugerah dan Penghargaan yang diterima, Nama Sekolah
Peringkat
& Tahun

1. Anugerah Kualiti menteri Pendidikan (kategori Sek.Men
Luar Bandar) - tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
1999

2. Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan – Pengurusan
Kewangan dan Akaun - tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2000

3. Anugerah 3K - tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2000

4. Juara pengurusan Kewangan dan Akaun
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000

5. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000

6. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000

7. Juara Pengurusan Kemahiran Hidup – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000

8. Juara Pengurusan Displin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2000

9. Juara Pengurusan Displin – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001

10. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001

11. Juara Akademik STPM – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001

12. Juara Pengurusan PIBG – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001

13. Juara Pengurusan Organisasi & Perkhidmatan (POP)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001

14. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2001

15. Juara Pusat Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001

16. Juara PSS Cemerlang (Peringkat Luar Bandar)
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2001

17. Juara Taman Sumber – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2002

18. Juara Pusat sumber – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002

19. Juara Takmir Musalla – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002

20. Sekolah Sebagai Koridor Raya Maklumat Anjuran PSPN
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2002

21. Juara PSS Cemerlang – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

22. Juara Takmir Musalla – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

23. Juara Makmal ERT – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

24. Juara Laman Web – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

25. Juara Pengurusan Bilik Buku Teks – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

26. Juara Landskap – tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

27. Juara Makmal Sains – tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

28. Juara Bengkel Kemahiran Hidup –tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2003

29. Juara Takmir Musalla – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

30. Juara Taman Sumber – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

31. Juara Landskap – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2004

32. Juara Aktiviti PAK – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

33. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

34. Juara Bengkel Kemahiran Hidup –tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

35. Juara Pusat Sumber Sekolah – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

36. Juara Akademik PMR (Pencapaian Keseluruhan 2003)
– tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

37. Juara Akademik STPM (Pencapaian Cemerlang 2003)
– tempat ketiga
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

38. Juara Kaunseling – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

39. Juara Pengurusan Maklumat – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

40. Juara Pengurusan SPBT – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

41. Anugerah Khas PSS Cemerlang – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Kebangsaan
2004

42. Anugerah Juara Keseluruhan Sekolah Menengah – tempat
pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2004

43. Juara Pengurusan & Organisasi (POP) – tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005

44. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

45. Juara Bimbingan dan Kaunseling Sek.Men
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

46. Juara Pusat Sumber Sekolah (PSS) – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

47. Juara Takmir Musalla – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

48. Juara Bengkel Kemahiran Hidup – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

49. Juara Taman Sumber – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

50. Juara Landskap Sekolah Menengah – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

51. Juara Pusat Akses Kendiri (PAK) Sekolah Menengah
– tempat kedua
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005

52. Juara kelab dan Persatuan – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005

53. Juara Kantin Berbintang – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan Negeri
2005

54. Juara Kecemerlangan STPM – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Negeri
2005

55. Juara Kokurikulum Akademik – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

56. Juara Kelab dan Persatuan – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

57. Juara Kokurikulum Pendidikan Islam – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

58. Juara Displin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

59. Juara PSS – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

60. Juara Makmal Sains – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

61. Juara Pengurusan Akademik – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

62. Juara Pengurusan Bilik PAK – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

63. Juara Pengurusan SPBT – tempat kedua SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

64. Juara Bengkel Kemahiran Hidup – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

65. Juara Kantin – tempat ketiga SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

66. Juara Keseluruhan Anugerah Juara PPD Pasir Mas/Tumpat
– tempat pertama
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

67. Pertandingan sekolah Berbintang PPD Pasir Mas/Tumpat
– 5 bintang
SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Daerah
2006

68. Anugerah Pusat Sumber Cemerlang – tempat pertama SMK Tendong, Pasir
Mas, Kelantan
Kebangsaan
2006

Komen :


with Chua Sue Hoon (PRP HRPZ II)


celebrating my birthday on 26 August 2012 with Ong Huey Chin & Chua Sue Hoon (PRP HRPZ II)



    1. Chua Sue Hoon

            wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh........ 
So proud of u!!!!  haha...
Keep it up k...
yerrr...., i feel nei jiu nu.., always ask u to snake..
Dnt learn from me.. 
haha.... So cute!!

hey.. i do read k..
i memang proud of u pun..
"haha.... ya lor?? we ZOOM IN d pic summore so that chua terliur kah kah.... 
 and ho...?? no 1 filling 4 d unit dose......... no 1 as rajin as Cai Zhong An dohhhh....."

ya lar.. i always saw u're d only 1 that do extra works in IPD...
tongue            21 Februari 2012



        2. Huey Chin

WAOH!U MEMANG GENG!!:D PROUD TAT U R CHINESE N MY FRD:) GOOD JOB N KEEP IN UP, OKAY, TEH O' BENG:p HAHAHAHA:p

21 Februari 2012

ok la teh o beng~
yeah yeah
i knw we cant wait for july!;P
hope they as good as u!

18 May 2012



3. Terence Foo

alright..looking at it
very good chua..
u hold good positions in school
proud of u man
what u said in ur blog is very true
about the life in hrpz
about punctuality and dicipline

haha
nice blog man..u ada banyak pencapaian
next time sure successful
coz u r hardworking person

25 Februari 2012




4. Badrul


ok2..hehe...hebat...smpai pengerusi ekh
saya biasa smpai standard naib pengerusi jer
huhu
hehe...mmg bnyak anugerah tu...kami x sampai tahap tu...





6 comments:

MasMusfiey said...

mantap ar chua!! experience make us grow with the flow.. success selalu keyh!!

cai zhong an said...

btl mas, pengalaman selama 5 tahun tlh byk mematangkan diri aku..tq mas 4 ur support !!

Anonymous said...

Tahniah Chua,saya bangga punya seorang pelatih PPF seperti kamu. Saya berharap kamu berjaya dalam karier kamu nanti

frm; En Mat, KSKB Sg Buloh

cai zhong an said...

terima kasih En Mat !

BADRUL said...

wow...memang hebat PSS SMK TENDONG dan Tuan Pengerusinya..heheehe...

anonymous said...

So proud knowing u & even prouder that u are Batch 56 & Kelantanese.. may ur life is full of happiness & achievements in ur future undertaking🙏

Post a Comment