Tuesday, 29 June 2010

kembali ke kskb

pagi 29 Jun, aku selamat sampai di asrama kskb kira2 jam 7 pagi. Pejabat asrama x buka lg tp aku ada kunci spare yg bilik dulu. Mcm sial, x leh buka la pulak cz tombol dh ditukar. Nasib baik ada bilik kosong yg x berkunci so tdo kt situ la dulu kjp. Bbrp jam lepas 2 Taufik pergi ambk kunci bilik, yg x bestnya dpt aras 4. Dhla kte org dulu aras 5 utk 2 sem berturut.

Mcm sial, bdk2 ni ramai yg dpt aras 1 dgn aras 2. Aku plak dpt aras 4. Letih dowh panjat tangga, dhla dkt sthn panjat aras 5. Agak2 r, bdk2 junior dia bg plok kt aras 1, huhu meme x adil gni

3 julai orientasi dgn senior batch 53..malang sungguh r sbb mari lewat pas 2 kna berleter dgn cik ipin. Orientasi sem ni ada yg pahit & manis. Paling penting najmi n stephanie telah menaikkan nama batch kte..hehe

12 Julai perlawanan akhir piala dunia di antara sepanyol dan belanda yang telah dimenangi oleh sepanyol, sementara belanda gagal buat kali ketiga dalam perlawanan akhir.
bermulanya karnival sukan farmasi, pasukan jabulani mencatat 3 keputusan seri berturut-turut dan hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja seterusnya tersingkir pada pusingan pertama.

demam piala dunia FIFA 2010

Musim demam bola kembali lg, buat pertama kalinya benua afrika selatan menganjurkan kejohanan yang paling berprestij ini. berjaga malam la aku kali ni nk tgk bola. pskn yg paling mengecewakan kali ni ialah england, itali, dan perancis yg sudah terkeluar drp saingan sejak dari awal lg. pasukan asia paling membanggakan kerana jepun dan korea mara sehingga pusingan ke-2 sebelum tewas di tangan pasukan amerika selatan iaitu uruguay dan paraguay. walaupun mereka tewas tetapi persembahan yang dipamerkan cukup hebat sehingga lawan mereka terpaksa bermain bermati-matian sehingga minit-minit terakhir. Mampukah brazil menjulang piala dunia buat kali keenam, maradona menjulang piala dunia buat kali ke-2 sbg jurulatih, dan mampukah sepanyol mengakhiri badi piala dunia ? Sama-sama kita saksikan.

Thursday, 10 June 2010

mati kemudian hidup semula

Keputusan peperiksaan ulangan yang positif yang melayakkan saya naik di tahun 2 semester 1. Sebelum ini saya amat risau kerana takut gagal dalam peperiksaan tersebut tetapi dengan sokongan daripada kawan-kawan saya, akhirnya saya dapat melepasi jua saat-saat genting ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan saya yang tidak putus-putus memberi perangsang kepada saya untuk bangkit semula. Namun, ada perkara yang masih meresahkan saya iaitu PNGK yang masih rendah tambahan pula semester 3 yg semakin sukar. Impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah amat tipis cuma saya hanya sekadar mengharapkan lulus & dpt bekerja dengan baik di kemudian hari.

Tuesday, 8 June 2010

Sarang He Yo

I known her about 2 years ago. At the beginning, she firstly make friends with me. I am very happy with her because she always understand me, treat me nicely, make my life become more meaningful & take care of me.

I'm lucky have this friend and i really hope that we can continue this relationship forever and ever. I also love her ( hehe..just play-play only)

Monday, 7 June 2010

pengalaman praktikal di HPRZ II Kota Bharu, Kelantan

Perasaanku bercampur, sedih & gembira. Saya sedih kerana gagal dalam 1 kertas untuk semester 2 & gembira kerana dapat menimba pengalaman di Jabatan Farmasi HPRZ II.

Hari pertama saya ditempatkan di Unit sub-stor bersama Syakilla selama 2 hari. Tidak banyak kerja yang dapat dilakukan & kami berasa bosan. Namun layanan yang baik daripada Puan Maisom dan umi menghilangkan rasa bosan kami. Tidak lupa juga kepada abang salman yang turut membantu kami sepanjang 2 hari berada di unit ini. TQ so much !

9 Jun saya ditempatkan di unit pra-bungkus yang dianggap unit paling best sebab kerja banyak tetapi tidak memenatkan. Selain itu, lokasinya yang tersembunyi iaitu berada di bahagian belakang bangunan hospital. Waktu unit ini dibuka pun lambat iaitu kira-kira jam 8.30 pagi. Terdapat seorang atendan & PPF yang menjaga unit ini. Saya ditugaskan untuk memasukkan krim ke dalam bekas yang disediakan, menampal label, & 'seal' bungkusan ubat. Pada hari tu terdapat seorang Pegawai Farmasi turut membantu kami. Kerja yang memenatkan tetapi best !


13 Jun berada di unit farmasi pesakit luar. Unit yang paling sibuk dan kerja yang mencabar seperti mentafsir preskripsi, mencari ubat, 'filling' ubat, label dan sebagainya. Keadaan tempat kerja yang sempit juga sedikit sebanyak mengganggu tumpuan kami.

15 Jun di farmasi satelit / pesakit dalam. mencari ubat kemudian bekalkan kepada wad @ pesakit, letih kerana terpaksa berdiri terlalu lama.

17 & 20 Jun di farmasi klinikal. Dapat melihat PPF menyediakan sediaan TPN kepada pesakit dan melabel sediaan.

23 Jun hantar report, itu pun ambil daripada sem lepas.

Sunday, 6 June 2010

saat-saat sukar dalam hidupku

Dalam hidup ini tiada seorang pun yang tidak pernah mengalami kegagalan, tidak terkecuali saya sendiri. Kegagalan saya dalam peperiksaan STPM 2007 sedikit sebanyak telah mematahkan semangat saya untuk belajar. Walaupun begitu saya berjaya bangkit semula tahun berikutnya dengan keputusan yang amat membanggakan.

Dengan keputusan STPM ini saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang keusahawanan. Pada masa yang sama, saya turut terpilih untuk mengikuti program diploma farmasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh selama 3 tahun. Akhirnya saya memilih diploma farmasi memandangkan peluang pekerjaan sekarang yang amat terhad.

Kehidupan di KSKB mengingatkan saya mengenai kehidupan sekolah saya dulu iaitu SMK Tendong yang ternyata amat menekan saya. Mungkin disebabkan tekanan itu saya gagal dalam peperiksaan STPM. Dalam semester 1 saya berjaya untuk melepasinya tetapi amat malang sekali bila di semester 2 saya gagal. Banyak puncanya seperti cara saya belajar yang tidak konsisten, sukar untuk menyesuaikan diri dengan subjek yang memerlukan kemahiran menghafal & mengingat yang tinggi, keadaan persekitaran yang tidak kondusif seperti di kolej mahupun asrama dan akhir sekali pengaruh facebook & laptop yang menyebabkan saya leka seketika.

Tetapi mujurlah saya hanya perlu mengulang 1 subjek sahaja iaitu Farmaseutik III, walaupun hanya 1 sahaja tetapi ia penuh dengan penyeksaan seperti saya mengulang 4 subjek. Dengan tinggal beberapa hari lagi keputusan peperiksaan ulangan yang akan diumumkan, saya amat berharap dapat melepasi saat-saat yang sukar ini. Terima kasih buat-buat kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya. I love You so much friend !