Sunday, 6 June 2010

saat-saat sukar dalam hidupku

Dalam hidup ini tiada seorang pun yang tidak pernah mengalami kegagalan, tidak terkecuali saya sendiri. Kegagalan saya dalam peperiksaan STPM 2007 sedikit sebanyak telah mematahkan semangat saya untuk belajar. Walaupun begitu saya berjaya bangkit semula tahun berikutnya dengan keputusan yang amat membanggakan.

Dengan keputusan STPM ini saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang keusahawanan. Pada masa yang sama, saya turut terpilih untuk mengikuti program diploma farmasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh selama 3 tahun. Akhirnya saya memilih diploma farmasi memandangkan peluang pekerjaan sekarang yang amat terhad.

Kehidupan di KSKB mengingatkan saya mengenai kehidupan sekolah saya dulu iaitu SMK Tendong yang ternyata amat menekan saya. Mungkin disebabkan tekanan itu saya gagal dalam peperiksaan STPM. Dalam semester 1 saya berjaya untuk melepasinya tetapi amat malang sekali bila di semester 2 saya gagal. Banyak puncanya seperti cara saya belajar yang tidak konsisten, sukar untuk menyesuaikan diri dengan subjek yang memerlukan kemahiran menghafal & mengingat yang tinggi, keadaan persekitaran yang tidak kondusif seperti di kolej mahupun asrama dan akhir sekali pengaruh facebook & laptop yang menyebabkan saya leka seketika.

Tetapi mujurlah saya hanya perlu mengulang 1 subjek sahaja iaitu Farmaseutik III, walaupun hanya 1 sahaja tetapi ia penuh dengan penyeksaan seperti saya mengulang 4 subjek. Dengan tinggal beberapa hari lagi keputusan peperiksaan ulangan yang akan diumumkan, saya amat berharap dapat melepasi saat-saat yang sukar ini. Terima kasih buat-buat kawan-kawan saya yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya. I love You so much friend !

0 comments:

Post a Comment