Thursday 10 June 2010

mati kemudian hidup semula

Keputusan peperiksaan ulangan yang positif yang melayakkan saya naik di tahun 2 semester 1. Sebelum ini saya amat risau kerana takut gagal dalam peperiksaan tersebut tetapi dengan sokongan daripada kawan-kawan saya, akhirnya saya dapat melepasi jua saat-saat genting ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan saya yang tidak putus-putus memberi perangsang kepada saya untuk bangkit semula. Namun, ada perkara yang masih meresahkan saya iaitu PNGK yang masih rendah tambahan pula semester 3 yg semakin sukar. Impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah amat tipis cuma saya hanya sekadar mengharapkan lulus & dpt bekerja dengan baik di kemudian hari.

0 comments:

Post a Comment