Hari pertama saya ditempatkan di Unit sub-stor bersama Syakilla selama 2 hari. Tidak banyak kerja yang dapat dilakukan & kami berasa bosan. Namun layanan yang baik daripada Puan Maisom dan umi menghilangkan rasa bosan kami. Tidak lupa juga kepada abang salman yang turut membantu kami sepanjang 2 hari berada di unit ini. TQ so much !
9 Jun saya ditempatkan di unit pra-bungkus yang dianggap unit paling best sebab kerja banyak tetapi tidak memenatkan. Selain itu, lokasinya yang tersembunyi iaitu berada di bahagian belakang bangunan hospital. Waktu unit ini dibuka pun lambat iaitu kira-kira jam 8.30 pagi. Terdapat seorang atendan & PPF yang menjaga unit ini. Saya ditugaskan untuk memasukkan krim ke dalam bekas yang disediakan, menampal label, & 'seal' bungkusan ubat. Pada hari tu terdapat seorang Pegawai Farmasi turut membantu kami. Kerja yang memenatkan tetapi best !
13 Jun berada di unit farmasi pesakit luar. Unit yang paling sibuk dan kerja yang mencabar seperti mentafsir preskripsi, mencari ubat, 'filling' ubat, label dan sebagainya. Keadaan tempat kerja yang sempit juga sedikit sebanyak mengganggu tumpuan kami.
15 Jun di farmasi satelit / pesakit dalam. mencari ubat kemudian bekalkan kepada wad @ pesakit, letih kerana terpaksa berdiri terlalu lama.
17 & 20 Jun di farmasi klinikal. Dapat melihat PPF menyediakan sediaan TPN kepada pesakit dan melabel sediaan.
23 Jun hantar report, itu pun ambil daripada sem lepas.
0 comments:
Post a Comment