Saturday, 20 November 2010

Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Wisma Sejarah, IJN, Perpustakaan Negara, & KLCC






Perjalananku bermula pada jam 11 pagi, 19 November di ktm sg buloh, kemudian sampai di kl sentral untuk menaiki monorail ke Titiwangsa dan sampai kira-kira pada jam 12.15. Memang penat untuk berjalan ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tetapi sebelum itu aku melawat ke Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Institut Jantung Negara, Wisma Sejarah dan baharulah sampai ke PNM. Pada mulanya aku masuk terasa agak bosan sebab di kelilingi oleh banyak buku tetapi yang paling menggembirakan ialah aku menemui buku mengenai panduan untuk menyediakan proposal dan praktis farmasi di hospital. Tidak sia-sia aku berjalan jauh kira-kira 2 km dari stesen monorail Titiwangsa.

Selepas selesai melawat PNM, aku berjalan untuk ke KLCC tetapi malangnya hujan turun lebat tetapi hanya beberapa minit sahaja. Aku terus berjalan lagi tetapi macam tidak dapat pergi ke KLCC kerana ada lebuh raya yang tinggi dan tiada kawasan untuk melintas. Nasib ku baik kerana semasa aku berjalan terjumpa Stesen LRT Kg Baru, dan aku terus menaiki LRT untuk ke KLCC. Di KLCC aku membeli seluar pendek untuk menggantikan seluar jeans aku yang terkoyak. Aku sempat mengambil gambar di luar KLCC dan kawasan tamannya. Sebelum pulang, aku membeli makanan iaitu KFC untuk makan malam di hostel, terpaksalah aku beratur panjang untuk membelinya.

Pada hari itu juga aku dapat menyaksikan sendiri kejadian seluk saku di dalam tren ketika tren berhenti di stesen Putra, suasana ketika itu amat kecoh. Nasib baik dompet aku tidak dicuri. Aku sampai di hostel pada jam 7.45 malam. Hari yang amat memenatkan tetapi menyeronokkan walaupun aku berjalan seorang diri. Mungkin seterusnya aku akan ke Pasar Seni untuk membeli beberapa helai baju @ seluar sebelum pulang ke Kelantan.

0 comments:

Post a Comment