Sunday, 28 November 2010

Taman Tasik Perdana





Sebelum ke Taman Tasik Perdana, aku pergi ke Petaling Street dan Kota Raya terlebih dahulu. Kemudian aku berjalan dari Kota Raya ke Taman Tasik Perdana. Aku melawat Tugu Negara iaitu tempat peringatan untuk pahlawan negara yang telah terkorban semasa zaman perang. Selepas itu bergambar sekejap di Cocoa Boutique. Seterusnya aku ke Panggung Annivesari, kawasan tasik dan pergi ke Taman Rusa dan Kancil. Di sana terdapat kancil yang masih kecil yang dipelihara dlm kandang dan rusa yang diletakkan di kawasan lapang. Di Memorial Tun Abdul Razak pula terdapat banyak gambar, maklumat, dokumen, dan barang2 peribadi beliau semasa masih hidup, Tun Abdul Razak juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Aku meneruskan perjalanan ke Planetarium Negara dan dikenakan bayaran RM1 utk masuk. Di dlmnya terdapat byk maklumat mengenai astronomi, permainan, replika, dan sedikit maklumat mengenai Angkasawan Negara kita yg pertama iaitu Dato' Sheikh Muzaphar Shukor, aku sempat menonton video mengenai Sheikh Muzaphar sekejap. Terdapat juga tayangan mengenai astronomi ttp aku x pergi kerana mengejar masa utk ke Muzium Negara pula. Utk ke sana, aku melalui jejantas yang menghubungkan Planetarium & Muzium. Di luar kawasan muzium terdapat kereta Proton Saga dan kenderaan klasik yang dijadikan sebagai pameran. Turut kelihatan ialah khidmat melukis potrait lukisan pensel yg harganya RM15. Berhampiran Muzium Negara ada Muzium Etnologi Melayu yang mengandungi adat budaya orang Melayu pada zaman dahulu serta pakaian yg digunakan. Aku balik bermula dari Muzium Negara terus ke KL Sentral yg agak jauh perjalanannya. Dlm perjalanan aku sempat mengambil gambar kawasan Little India. Aku bernasib baik kerana dpt duduk di dlm komuter bermula dari KL Sentral sehingga ke Sungai Buloh kerana aku sudah kepenatan berjalan sehari suntuk bermula dari stesen monorel Maharajalela lagi.

0 comments:

Post a Comment