Thursday, 25 November 2010
Pavilion, Petaling Street, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad & Perpustakaan KL
Kebanyakan pusat beli-belah dihiasi dgn pokok krismas sempena meraikan perayaan itu dlm masa sebulan lagi. Selain drp pokok krismas, alunan lagu serta gelagat Santa Claus juga telah menarik perhatian aku di sana. Selesai di Pavillion, aku ke KL Convention Centre. Di sana terdapat Aquaria tetapi utk melawatnya kena membayar terlebih dahulu. Di kawasan luarnya dihiasi dgn taman yang terletak berhadapan dgn KLCC. Aku ke Petaling Street pula dgn menggunakan monorel ke Jalan Maharajalela, banyak pakaian, aksesori serta cenderahati untuk dibeli. Aku mengambil kesempatan membeli jersi Barcelona yang harganya RM38. Situasi yang lebih kurang samanya di Pasar Seni, aku sempat merakam gelagat warga asing yang menggunakan rawatan terapi dgn ikan ttp aku x pasti jenis apakah ikan itu. Sebaik sahaja aku hendak keluar dari Pasar Seni, hujan pula turun ttp masa 2 sudah renyai2.
Dgn berpandukan peta, aku ke Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka. Terasa bangga sebab tempat berkenaan mempunyai sejarah tersendiri sejak zaman penjajahan lagi. Kebetulan aku terlihat sebuah perpustakaan di sana iaitu Perpustakaan KL & Perpustakaan Kanak2. Aku singgah di sana sekejap untuk berehat sebentar setelah penat berjalan, sambil 2 aku mencari maklumat tambahan lagi mengenai "proposal" dan lebih banyak maklumat yang aku dapat disana. Belum sempat aku nak ke Stesen LRT Masjid Jamek, hujan turun dgn lebatnya. Aku tunggu sekejap sehingga ianya renyai2. Di dalam LRT pula sudahlah berdiri lepas 2 tergendala pula perjalanan. Perkara yang sama turut berlaku di Komuter tetapi masa tergendala lebih lama drp LRT, org ramai merungut disebabkan perkara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment